KETUA pasukan hoki negara, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, berharap The Malaysian Hockey Tigers mampu mengelak aib Sukan Komanwel Glasgow 2014 berulang kembali di Gold Coast.
Sukri tidak beraksi ketika pasukan negara tewas mengejut kepada Trinidad and Tobago dan menamatkan saingan di tempat ketujuh empat tahun lalu tetapi sebagai pemain, dia bimbang perkara sama mampu berulang.
Biarpun tiada sasaran utama diletakkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), sebagai ketua pasukan, Sukri mahu maruah negara tidak tercemar.
Justeru, kemenangan ke atas pasukan ranking paling rendah dalam kumpulan, Wales adalah wajib selain cuba sedaya-upaya mencuri tiga mata bertemu India, Pakistan dan England.
"Itu yang cuba kami lakukan untuk tahun ini. Kami tidak boleh pandang rendah pasukan seperti Wales, khuatir kisah empat tahun lalu berulang kembali.
"Saya yakin pemain mengambil iktibar daripada 2014. Kami melihat semua pasukan adalah sama hebat dan sama kuat kerana ranking bukan jadi ukuran lagi," kata Sukri.
Dalam pada itu, pemain tengah, Mohammad Fitri Saari, mahu dendam kekalahan 2-7 di tangan England dalam Piala Sultan Azlan Shah ditebus apabila turun dalam aksi pembukaan pada Jumaat ini.
Tidak termakan psikologi bahawa England adalah badi buat Malaysia, Fitri mahu membuktikan skuad negara mampu memberi saingan dalam temasya kali ini.
"Setiap minit kalau ada peluang, kami perlu sudahkan. Bagi saya, fokus utama kami terarah kepada perlawanan menentang England.
"Kami mahu menebus kembali kerana kami boleh menyangi mereka. Sebelum ini, mereka gunakan peluang, sebaliknya tidak bagi kami. Itu yang kami kurang," katanya.
Astro Arena
Wed Apr 04 2018
Pasukan hoki negara diharap dapat menebus dendam kekalahan 2-7 di tangan England dalam Piala Sultan Azlan Shah apabila turun pada aksi pembukaan Jumaat ini. - Foto Astro ARENA
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Gold Coast 2018: Sukri enggan aib Glasgow 2014 berulang
Sukri tidak beraksi ketika pasukan negara tewas mengejut kepada Trinidad and Tobago dan menamatkan saingan di tempat ketujuh empat tahun lalu.
Akhirnya, Messi hapuskan 'badi' bertemu Chelsea!
Lionel Messi menjaringkan gol pertamanya selepas sembilan pertemuan menentang kelab Inggeris itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.