Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan dengan pengecualian cukai, perlu dinilai semula.
Justeru, katanya, Teong Kim, selaku ketua jurulatih skuad bola sepak negara bawah 16 tahun (B-16), perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad kendaliannya mara ke Piala Dunia B-17 di Peru, tahun depan.
Skuad B-16 yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan A apabila tewas 2-0 kepada Jepun pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
"Saya dimaklumkan bahawa pakej gaji beliau setiap bulan mencecah RM175,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh MSN (Majlis Sukan Negara)...kontrak beliau dan pengurusan tertinggi NFDP juga perlu dilihat semula," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
BACA: FAM tamatkan khidmat Lim Teong Kim
Menurutnya, Teong Kim seharusnya bertanggungjawab dengan kekalahan itu kerana beliau sendiri yang menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia B-17 pada 2019.
Syed Saddiq juga menjelaskan sebanyak RM80 juta dibelanjakan untuk progam NFDP sejak 2014 tidak termasuk dengan perbelanjaan pembinaan AMD di Gambang, Pahang.
Beliau menjelaskan NFDP tidak akan dihentikan namun perlu penstrukturan semula yang akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas antara KBS, MSN, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), NFDP dan pihak berkepentingan pada 15 Okt ini.
"Kita tidak boleh hentikan program NFDP, ini adalah program yang bagus. Memang program akar umbi bola sepak yang tersusun tapi ia perlu penstrukturan semula. Selepas berpuluh juta ringgit dibelanjakan, kita (bola sepak) masih di sini. Memang jelas perlu ada penstrukturan semula dan kita tidak boleh cakap kita dalam posisi yang selamat atau selesa," jelasnya.
Syed Saddiq juga menjelaskan pada peringkat awal NFDP ditubuhkan program itu dijanjikan peruntukan RM20 juta setiap tahun.
Tetapi pada tahun pertama itu sendiri NFDP hanya menerima RM10 juta sahaja pada 2014, kemudian RM7 juta (2015), RM3.5 juta (2016) dan RM3.5 juta (2017).
"Saya nak salahkan semua kepada NFDP tidak boleh kerana kekangan kewangan tapi yang saya musykil walaupun dengan keadaan kekangan kewangan itu, tetap bayar RM175,000 setiap bulan (gaji Teong Kim)," katanya.
Syed Saddiq turut mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar meletakkan jawatan itu susulan kegagalan skuad negara mara ke Piala Dunia B-17 pada 2019.
Susulan kegalalan skuad B-16 itu ke Piala Dunia B-17, FAM telah mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat Teong Kim dengan serta merta.
Teong Kim mula dilantik sebagai Pengarah Projek NFDP pada 2013 disusuli memegang jawatan sebagai Pengarah AMD pada 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 27 2018
Menurut Syed Saddiq, Teong Kim seharusnya bertanggungjawab dengan kekalahan itu kerana beliau sendiri yang menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia B-17 pada 2019. - Bernama
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Jepun raih juara bola sepak AFC B-16 buat kali ketiga
Jun Nishikawa muncul wira skuad muda Samurai Biru pada perlawanan berkenaan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-62.
Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan - Syed Saddiq
Selaku ketua jurulatih skuad bola sepak negara bawah 16 tahun (B-16), perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad kendaliannya mara ke Piala Dunia B-17 di Peru, tahun depan.