Pemain golf Malaysia, Nicholas Fung berjaya mengatasi perasaan gementar untuk meraih gelaran sulungnya dalam Jelajah Asia pada Piala Ratu di Thailand hari ini, dan mendedikasikan kejayaan itu kepada bapanya.
Menurut laman web Jelajah Asia, pemain kelahiran Sabah berusia 27 tahun itu, yang merupakan pendahulu semalaman, menampilkan prestasi mantap pada saingan di Santiburi Samui Country Club di Koh Samui, Thailand, untuk mencatat empat bawah par 67 pada pusingan akhir hari ini, dan berkelebihan satu pukulan ke atas pemain tuan rumah, Jazz Janewattananond.
"Kemenangan pertama saya...saya gembira serta sangat teruja. Saya bertuah dapat bersaing bersama Thaworn Wiratchant selama empat hari ini dan saya banyak belajar daripada dia. Beliau seorang legenda dan ia memberi motivasi kepada saya untuk menjadi pemain golf yang hebat sepertinya," kata Fung.
Fung turut memberi penghormatan kepada bapanya, En Ping, yang bersama beliau di pulau berkenaan, yang kebetulan hari ini adalah Hari Bapa yang disambut di seluruh dunia.
"Ia hadiah istimewa buat bapa saya. Saya memenangi kejohanan ADT di Malaysia pada hari ulang tahun kelahiran ibu saya, dan minggu ini meraih kejuaraan pada Hari Bapa adalah sesuatu yang penting. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sejak kecil. Beliau membawa saya ke padang golf, ajar saya menjadi pemain golf yang bagus dan menjadikan saya seorang yang berkeyakinan dalam menghadapi masa depan.
"Saya hanya mengikut nasihat dan berterima kasih kepadanya. Beliau membimbing saya sehingga ke hari ini untuk memenangi kejohanan berkenaan. Saya pasti dia sangat gembira. Kami melakukannya pada hari yang tepat," katanya.
Pencapaian keseluruhannya 25 bawah par 269 pada kejohanan itu menyaksikan beliau menyertai pemain Malaysia lain seperti Danny Chia (meraih kejuaraan pada 2002 dan 2015), Airil Rizman Zahari (2007) dan Ben Leong (2008) sebagai pemenang kejohanan utama Jelajah Asia itu.
Berikutan kejayaan itu, Fung membawa pulang US$90,000 (kira-kira RM385,035) untuk melonjak ke kedudukan ke-13 dalam Order of Merit Jelajah Asia, dengan meraih keseluruhan US$122,007 (kira-kira RM521,966).
Beliau menamatkan Order of Merit di tempat ke-12 pada tahun lepas dan ia merupakan pencapaian terbaiknya setakat ini.
Keputusan akhir (Par-71):
---------------------------------
269 - Nicholas Fung (MAS) 66-68-68-67;
270 - Jazz Janewattananond (THA) 67-72-65-66;
271 - Hung Chien-yao (TPE) 66-71-67-67;
272 - Juvic Pagunsan (PHI) 68-67-68-69;
273 - Thaworn Wiratchant (THA) 70-63-70-70;
275 - Prayad Marksaeng (THA) 65-70-71-69, Rashid Khan (IND) 65-70-70-70, Angelo Que (PHI) 65-70-69-71;
276 - Jbe Kruger (RSA) 70-78-71-67, Danny Chia (MAS) 69-68-67-72.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2017
Nicholas Fung berjaya mengatasi perasaan gementar untuk meraih gelaran sulungnya dalam Jelajah Asia pada Piala Ratu di Thailand hari ini. - Gambar fail
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.