Pemain kompetitif e-sukan FIFA 19 daripada pasukan Gamesbond, Muhammad Luqman Haziq Hajiman, 22, sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang layak ke Piala Kejohanan FIFA Ultimate Team (FUT).
Muhammad Luqman atau senang dikenali sebagai Fenrir dalam gelanggang maya berkata kemenangan tersebut memang di luar jangkaan memandangkan beliau ketika ini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester di sebuah universiti tempatan.
“Corak permainan FIFA 19 sangat berbeza dan lebih sukar berbanding FIFA 18.
“Saya sempat berlatih tiga atau empat jam sehari pada beberapa bulan dahulu namun memandangkan saya sedang menduduki peperiksaan ketika ini, latihan terpaksa dikurangkan.
“Saya terpaksa bergantung kepada pengalaman dan skil dalam pusingan kelayakan untuk ke kejohanan FUT ini,” kata Fenrir yang kini menduduki semester lima jurusan kewangan di Universiti Malaya.
BACA: FIFA 18: Fenrir satu-satunya wakil Malaysia ke Liga Asia Playstation 2018
Fenrir berkata dia bersyukur atas kemenangan itu selepas pernah terkandas di final pusingan kelayakan ke kejohanan FUT.
“Saya sentiasa mahu percayakan kepada diri saya, tidak kisahlah apa orang lain cakap pasal saya,” jelasnya.
Nama Fenrir mula meningkat naik dalam arena e-sukan FIF8 sejak dia layak ke Piala Kejohanan (FUT) di Barcelona pada tahun lalu.
Fenrir sebelum ini memenangi kejohanan FIFA 18 MESL dan tempat kedua dalam kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games (MCG) 2018.
Bagi FIFA 19, Fenrir merupakan antara tujuh pemain Malaysia yang mendapat pengiktirafan penerbit e-sukan FIFA iaitu EA Sports untuk layak bertanding dalam pusingan kelayakan ini.
Setiap minggu, pemain-pemain FIFA 19 yang diiktiraf seluruh Asia dan Australia akan bertanding untuk mendapatkan slot ke Piala Kejohanan FUT.
EA Sports menggunakan pendekatan format yang berbeza bagi FIFA 19 dengan setiap pemain yang layak ke Piala Kejohanan FUT akan berpeluang untuk mengumpul mata sebelum ke Grand Final kejohanan FIFA eWorld Cup (FEWC).
Menurut Fenrir, jika beliau dapat memenangi Piala Kejohanan FUT pada bulan Mac nanti peluang bagi dirinya untuk ke FEWC adalah sebanyak 70 sehingga 80 peratus.
“Format terbaharu daripada EA Sports ini sebenarnya memberi peluang kepada pemain FIFA untuk mendapatkan slot beraksi di FEWC berbanding sebelum ini,” katanya.
FEWC merupakan kejohanan dunia FIFA yang dianjurkan EA Sports, mengumpulkan pemain-pemain terhebat dari seluruh dunia.
Pada tahun lalu, pemain Arab Saudi Mosaad Aldossary merangkul kejuaraan kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM1.6 juta.
Astro Awani
Sun Jan 06 2019
![FIFA 19: Luqman jadi pemain Malaysia pertama ke Kejohanan FUT FIFA 19: Luqman jadi pemain Malaysia pertama ke Kejohanan FUT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51546784549_fenrir.jpg)
Nama Fenrir mula meningkat naik dalam arena e-sukan FIF8 sejak dia layak ke Piala Kejohanan (FUT) di Barcelona pada tahun lalu. - Gambar fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721033245_Sekyss.jpg)
"Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
Pemain MLBB yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants, Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
![SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721004034_MLBBMidSeasonCup.jpg)
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
![SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024 SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720971475_TBSRG.jpg)
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
SRG tamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia dengan muncul juara pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi.
![SRG pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final MSC MLBB SRG pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final MSC MLBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720970082_TBREDGIANTS.jpg)
SRG pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final MSC MLBB
Pasukan Selangor Red Giants menjadi pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.
![PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719808955_DrJoohariAriffin.jpg)
PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan
Calon PH Dr Joohari Ariffin memanfaatkan platform itu untuk mendekati pengundi muda dan pengundi kali pertama bagi PRK Sungai Bakap.
![Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718953608_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid
Kerajaan menyatakan komitmen dan sokongan terhadap industri sukan elektronik (e-sukan) termasuk berhasrat memberi pengiktirafan sewajarnya.
![Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718885076_tbGooddayChargeTe.jpg)
Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia
Diiktiraf Malaysia Book of Records, perkuat usaha melegitimasi e-sukan sebagai sejenis sukan sebenar.
![E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717345778_TBMOONTONZAHID.jpg)
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
![MPLMY S13: Barracuda Esports buktikan zaman 'prime' RSG Malaysia sudah berakhir MPLMY S13: Barracuda Esports buktikan zaman 'prime' RSG Malaysia sudah berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713690103_MPLMY.jpg)
MPLMY S13: Barracuda Esports buktikan zaman 'prime' RSG Malaysia sudah berakhir
Walaupun Barracuda Esports berjaya meraih kemenangan dalam Perlawanan 1 tetapi RSG Malaysia berjaya mencuri mata dalam Perlawanan 2.
![Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713527977_HannahYeohYoutha.jpg)
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.