Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Jawatankuasa Tatatertib AFC berhubung perkara tersebut empat hari lepas.
"Isu Pahang, kita telah menghantar surat kepada AFC dan menyatakan pendirian kita seiring dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tentang masalah visa tiga pemain import mereka.
"Saya difahamkan pegawai perlawanan juga mengalami perkara sama. Jawatankuasa itu akan membuat keputusan mungkin hari ini atau esok dan AFC akan memaklumkan keputusan itu," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Sabtu lalu, setibanya di Jakarta, skuad Pahang terkejut apabila menghadapi masalah visa membabitkan tiga daripada empat pemain import mereka.
Tiga pemain itu ialah Dickson Nwakaeme, Damion Stewart dan Zesh Rehman, manakala Matias Conti serta pemain tempatan tidak menghadapi masalah visa.
Susulan itu, PBNP telah mengarahkan Pahang, yang juga naib juara Kumpulan G, pulang. Pahang sepatutnya dijadualkan menentang kelab Indonesia itu di Stadium Mandala, semalam.
Bernama
Wed May 27 2015
HAMIDIN: FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Gambar fail
RM22.8 juta peruntukan dibelanjakan naik taraf infrastruktur ICT di 191 PKD - KKDW
Naik taraf infrastruktur ICT di PKD bagi menjadikannya pusat latihan komuniti maya yang melahirkan masyarakat desa berkemahiran.
Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai
Mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Machap kira-kira 1.50 pagi Ahad.
Wanita boleh mainkan peranan penting dalam pemuliharaan Imbak Canyon
Baru-baru ini, 12 wanita menghabiskan masa dua minggu dalam hutan Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon untuk menjalankan ekspedisi saintifik.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Kompleks Sukan Bukit Merbau dijangka mampu penuhi sasaran 20,000 penonton
Bakal dilengkapi padang bola sepak dan trek olahraga selain arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton.
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.