Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas mahu perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 8 Jun ini diadakan di gelanggang berkecuali.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya masih kekal dengan pendirian itu walaupun Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) mahu perlawanan berkenaan dilangsungkan di Pyongyang.
"Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai penganjur akan memutuskan perkara ini. PRKFA ada menghantar surat kepada AFC menyatakan keinginan mereka bermain di Pyongyang dan memberi jaminan keselamatan terhadap skuad negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) yang disempurnakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi di sini, pada Isnin.
Hamidin berkata AFC mahukan surat daripada kerajaan, sama ada dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun Kementerian Luar bagi mengukuhkan permintaan FAM.
"Kita akan adakan satu mesyuarat bersama KBS yang akan dipengerusikan Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali bagi membincangkan perkara ini.
"Yang penting, saya bersama Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pegawai tertinggi FAM sepakat tidak mahu aksi Harimau Malaya dengan Korea Utara berlangsung di sana (Pyongyang).
Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan semua aksi skuad negara bagi kempen kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Beliau berkata FAM mempunyai strategi tersendiri selain faktor kemudahan dan infrastruktur di stadium itu yang memenuhi kriteria.
"Kita juga sudah hantar surat kepada AFC. Sebelum ini gelanggang kita di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional, Bukit Jalil, tapi kali ini kita telah bermesyuarat untuk bermain di Larkin bagi semua perlawanan pusingan kelayakan itu," katanya.
Pertemuan Malaysia dan Korea Utara seharusnya dilangsungkan pada 28 Mac lepas tetapi terpaksa ditangguhkan atas permintaan FAM yang mahu ia dilangsungkan di gelanggang berkecuali.
Ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas. -- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
![FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali FAM tegas mahu aksi M'sia-Korea Utara dilangsungkan di gelanggang berkecuali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81465738866_HamidinMohdAmin.jpg)
Hamidin berkata FAM mempunyai strategi tersendiri selain faktor kemudahan dan infrastruktur di stadium itu yang memenuhi kriteria. - Gambar fail
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Disember 2024
Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
#AWANInews
#AWANInews
![Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723776706_UnitedAirlinesBoei.jpg)
Penerbangan United Airlines ke Rom dilencong dua hari berturut-turut
Penerbangan 507, United Airlines yang dikendalikan Boeing 777-200 dilencongkan ke Edmonton, Kanada kerana kecemasan perubatan penumpang.
AWANI Ringkas: Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Kalau dia lembab, malas dan cuai.. peningkatannya tidak dijamin' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penjawat awam yang mengetepikan prinsip amalan bersih, cuai dan malas tidak akan diberikan ganjaran yang setimpal.
#AWANInews
#AWANInews
![“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham “Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723776306_ufahanieNidzaAfh.jpg)
“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham
Keluarga tidak reda dan tidak maafkan tindakan penulis berkongsi cerita tidak berasas mengenai Allahyarham Nidza Afham di laman X.
Niaga SPOTLIGHT: Tech-Driven Coffee - Spilling the beans
Venon Tian, Chief Operating Officer, ZUS Coffee, joins us to discuss building a tech-driven beverage startup in less than 5 years.
ZUS reached an impressive milestone in July 2024, opening its 500th outlet in Malaysia, and now also boasts almost 50 outlets in Philippines, employing more than 4,000 Malaysians & Filipinos.
The beverage industry is a highly competitive global and domestic market. In Malaysia, output in the beverages market amounted to MYR 14.21bn in 2023 with a Cumulative Annual Growth Rate (CAGR) of 2.76 percent.
ZUS reached an impressive milestone in July 2024, opening its 500th outlet in Malaysia, and now also boasts almost 50 outlets in Philippines, employing more than 4,000 Malaysians & Filipinos.
The beverage industry is a highly competitive global and domestic market. In Malaysia, output in the beverages market amounted to MYR 14.21bn in 2023 with a Cumulative Annual Growth Rate (CAGR) of 2.76 percent.
![Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723776922_AnwarIbrahim.jpg)
Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar
Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M TUDM diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia.
![Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024 Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723775352_DatukHamidin.jpg)
Jemaah Menteri hargai usaha atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024
Fahmi berkata, penghargaan itu diberikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Ogos 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Ogos 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat dengan ketara berbanding dolar AS sejak isyarat untuk penurunan kadar di AS mendapat momentum.
![Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723178620_Pestabolatanpach.jpg)
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.
![FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723020636_Peminat.jpg)
FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya sokongan padu peminat tanah air terhadap pasukan bola sepak negara tetap utuh meskipun Kim Pan Gon tidak lagi bersama skuad Harimau Malaya.
![Pestabola Merdeka 2024: FAM kekal guna khidmat pengadil luar Pestabola Merdeka 2024: FAM kekal guna khidmat pengadil luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722938913_PestabolaMerdeka.jpg)
Pestabola Merdeka 2024: FAM kekal guna khidmat pengadil luar
FAM mengekalkan pendekatan menggunakan khidmat pengadil dari luar negara bagi mengadili perlawanan Pestabola Merdeka 2024.
![Program F4S: Potensi lahir bakat muda bola sepak, terap nilai murni Program F4S: Potensi lahir bakat muda bola sepak, terap nilai murni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722682126_TBFIFA.jpg)
Program F4S: Potensi lahir bakat muda bola sepak, terap nilai murni
Pengenalan program F4S oleh FIFA bukan sekakar berpotensi melahirkan bakat muda dalam sukan bola sepak tetapi turut menerapkan nilai-nilai murni yang boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian.
![Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718271684_TBFAMNoorAzman.jpg)
Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM
FAM menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.
![Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721346477_pangon.jpg)
Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM
Pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun.
![Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645082994_PauMartiVicenteF.jpg)
Pemergian Kim Pan-gon: Beri kebebasan untuk Pau Marti berkarya - Penganalisis sukan
Pengulas Astro ARENA, Zainal Abidin Rawop berpandangan skuad negara masih berada di tahap yang sama, dan masih sukar menembusi kedudukan 100 terbaik dunia.
![Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682030052_StadiumSultanMizan.jpg)
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
![Pan-gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan-gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan-gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
![Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720964586_TBADAMADLI.jpg)
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.