Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)menafikan dakwaan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa bahawa badan induk itu masih berhutang hampir RM2 juta dengan KAFA.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM telah mengkreditkan kesemua hadiah wang kemenangan Liga Super dan Liga Perdana musim 2016, termasuk kepada KAFA dengan jumlah keseluruhan RM2.025 juta pada 30 Dis lepas.
"Saya ingin jelaskan istilah geran tahunan kepada setiap pasukan sudah tidak diguna pakai lagi bermula dari musim 2016 apabila Liga Malaysia telah diswastakan.
"Semua pasukan diberi hak sebagai rakan kongsi liga dan mendapat sejumlah peratusan daripada pendapatan hak penyiaran dan komersial sebanyak 40 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Annuar sebelum ini, mendakwa FAM masih berhutang kira-kira RM2 juta dengan KAFA yang merangkumi hadiah kemenangan tempat keempat Liga Super, hak penyiaran dan geran tahunan.
Hamidin berkata sejumlah RM41 juta telah diterima daripada hak siaran serta komersial dan 40 peratus daripadanya perlu diberikan kepada setiap pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana melibatkan kira-kira RM16.4 juta.
Namun semua pasukan sudah pun diberikan sejumlah RM18 juta iaitu RM1 juta bagi setiap pasukan Liga Super (12 pasukan) dan RM500,000 bagi setiap pasukan Liga Perdana (12 pasukan) serta tambahan RM2.025 juta untuk hadiah kemenangan.
Memandangkan jumlah peruntukan agihan hak-hak penyiaran dan komersial untuk semua pasukan hanya RM16.4 juta sedangkan jumlah sebenar diberikan kepada merekaadalah RM20.025 juta, maka FAM telah mendahulukan pembayaran sebanyak RM3.625 juta kepada pasukan bagi pihak Football Malaysia Limited Liability (FMLLP).
Katanya pemberian agihan tambahan hak penyiaran dan komersial berdasarkan merit mengikut kedudukan dalam liga seperti diamalkan sebelum ini (sehingga musim 2014) tidak dapat diteruskan memandangkan jumlah perolehan daripada hak siaran serta komersial hanya mencecah RM41 juta, bukannya RM70 juta seperti yang disasarkan.
"Pemberian agihan tambahan hak penyiaran dan komersial berdasarkan merit ini boleh dilaksanakan semula pada masa akan datang jika jumlah RM70 juta itu berjaya diperoleh.
"Bagi agihan hak penyiaran dan komersial pada musim ini pula, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat sebelum ini bersetuju supaya 50 peratus daripada RM500,000 bagi pasukan Liga Super dan RM250,000 untuk Liga Perdana akan dibayar pada Januari 2017, manakala baki 50 peratus lagi akan diselesaikan ketika saingan liga berlangsung," katanya.
Hamidin berkata FAM juga telah membuat semakan, dan mendapati KAFA sebenarnya yang berhutang dengan FAM dan FMLLP berjumlah RM430,000.
Katanya jumlah tersebut merangkumi gaji tertunggak pemain import Kelantan yang diselesaikan FAM pada 2016 selepas permohonan dibuat sendiri oleh KAFA untuk meminta bantuan FAM mendahulukan wang berkenaan.
"Ini termasuk denda-denda kes tatatertib serta hutang levi tiket yang masih belum dijelaskan KAFA kepada FMLLP.
"KAFA hanya akan mendapat kira-kira RM70,000 daripada RM500,000 bayaran pendahuluan pertama agihan hak penyiaran dan komersial yang sepatutnya diterima
setelah ditolak hutang dengan FAM dan FMLLP sebanyak RM430,000," katanya.-- Bernama
Bernama
Thu Jan 12 2017

Ujar Hamidin, FAM telah mengkreditkan kesemua hadiah wang kemenangan Liga Super dan Liga Perdana musim 2016, termasuk kepada KAFA dengan jumlah keseluruhan RM2.025 juta pada 30 Dis lepas. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.