KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mula mengambil langkah penambaikan seperti dicadangkan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya pada 21 Jan lepas.
Berdasarkan kemas kini aktiviti teknikal FAM yang disiarkan hari ini, Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell berkata sasaran bagi pasukan kebangsaan, hanya boleh ditetapkan selepas perundingan antara semua pihak berkaitan seperti jurulatih, Pengarah Teknikal dan Exco FAM.
Katanya badan induk bola sepak itu juga, telah mewujudkan Pasukan Prestasi Tinggi terdiri daripada ahli fisiologi, psikologi serta pakar pemakanan, sebagai tambahan kepada staf sokongan sedia ada, dengan Reuben Jude Balraj sebagai Pengurus Prestasi Tinggi.
"Sebahagian daripada peranan Pengurus Prestasi Tinggi ialah menyusun keputusan-keputusan ujian, analisis perlawanan, laporan kecederaan dan sebagainya, untuk digunakan sebagai perbandingan serta perancangan masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya FAM juga menetapkan tempoh persiapan minimum bagi dua jendela FIFA tahun ini, iaitu selama tujuh hari pada Mac, dalam persiapan menghadapi perlawanan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 menentang Filipina dan Singapura bermula esok.
Bagi persiapan pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023 pada Jun ini, FAM menetapkan tempoh selama lapan hari, supaya skuad kendalian Kim Pan Gon mendapat tempoh persiapan yang sesuai.
"FAM dan Jabatan Pasukan Kebangsaan akan berkerjasama rapat dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia), dalam memastikan tempoh persiapan lebih panjang," kata kenyataan itu.
Sementara itu, O'Donell memaklumkan Pan Gon akan turut berkhidmat sebagai pengurus pasukan, sebagaimana tanggungjawab digalas Nelo Vingada, yang menjadi Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan skuad kebangsaan pada 2017.
Beliau berkata pihaknya juga telah memuktamadkan templat laporan pasukan kebangsaan, selepas berunding dengan staf pasukan kebangsaan.
"Pada masa akan datang, semua pasukan kebangsaan akan menggunakan templat dan proses membuat laporan yang seragam," jelasnya.
O'Donell turut merancang memperluaskan penganjuran Liga SupaRimau, iaitu liga bola sepak bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara enam dan 16 tahun.
"Ketika ini ia diadakan di enam negeri membabitkan Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, dengan empat negeri baharu iaitu Melaka, Kedah, Sabah dan Pahang akan menyertai musim kedua liga itu," katanya.
Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang diketuai Datuk Dell Akbar Khan, telah menggariskan 10 dapatan kajian ke atas kegagalan pasukan kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura hujung tahun lepas, yang tersingkir seawal peringkat kumpulan.
Dell Akbar juga menggariskan 10 cadangan penambaikan untuk pertimbangan FAM, supaya kegagalan itu tidak berulang termasuk menetapkan tempoh minimum 14 hari latihan pusat bagi Piala AFF; menyediakan templat laporan yang lebih komprehensif; pelan kontigensi untuk menangani pandemik COVID-19; dan memastikan MFL menyesuaikan jadual liga dengan jadual pasukan kebangsaan.
Mereka juga mencadangkan untuk mewujudkan Pasukan Prestasi Tinggi, yang terdiri daripada kakitangan teknikal, sains dan perubatan sukan, penganalisa serta pegawai statistik, seperti yang digunakan di luar negara, bagi meningkatkan prestasi pasukan secara lebih berstruktur dan berdasarkan bukti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
O'Donell berkata sasaran bagi pasukan kebangsaan, hanya boleh ditetapkan selepas perundingan antara semua pihak berkaitan seperti jurulatih, Pengarah Teknikal dan Exco FAM. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Harimau Malaya bakal ada lagu sendiri, Warner Music sudah bayangkan penyanyinya
Skuad bola sepak kebangsaan atau nama julukannya, Harimau Malaya akan mempunyai sebuah lagu tema rasmi selepas ini.
FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus terbuka untuk mencari dan menerima pemain warisan berkualiti dari luar negara.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.
PM minta FAM sedia pelan, KPI jamin peningkatan prestasi Harimau Malaya
Tuntutan itu sebagai balasan kepada komitmen kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk bantu perkasa pasukan kebangsaan.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Ultras Malaya hampir pasti terus boikot tapi Stadium Nasional tidak akan kosong
Kejayaan Malaysia menempah tempat di perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 tidak boleh menjamin kehadiran semula kumpulan penyokong dari Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
'Saya datang demi negara’ - Walaupun hambar, penyokong hadir sokong Harimau Malaya
Aksi Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2024 mungkin hilang sengat selepas mereka kehilangan puluhan ribu pemain ke-12'.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
Prestasi Harimau Malaya harus setimpal dengan dana diterima - Penganalisis
Pekan menyifatkan FAM sebagai persatuan sukan kebangsaan paling bertuah yang pasti dicemburui kerana jumlah 'durian runtuh' yang diterima.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.