PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap komited dalam memartabatkan mutu pengadil tempatan termasuk usaha memperkenalkan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada masa hadapan.
Setiausaha Agungnya Noor Azman Rahman berkata FAM telah mengadakan perjumpaan bersama dua syarikat pengendali VAR iaitu Hawk-Eye Innovations dan Mediapro baru-baru ini bagi mendapatkan butiran mengenai teknologi itu yang digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa.
Katanya, pada perjumpaan itu FAM menerusi Jawatankuasa Pengadil telah mendengar pembentangan kedua-dua syarikat tersebut dan mengambil maklum beberapa elemen penting berkaitan VAR termasuk kos penyelenggaraannya.
"Perkara (VAR) itu kini di peringkat nak memuktamadkan dari segi kos dan sama ada kita nak beli atau sewa. Jadi kita serahkan kepada Jawatankuasa Pengadil untuk nilai.
"FAM nampak penggunaan (VAR) memang diperlukan tetapi kita kena tengok dari segi keperluan," katanya selepas majlis pengumuman kerjasama antara FAM dan HP Malaysia di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.
Sebagai rekod, Hawk-Eye Innovations dan Mediapro bukan lagi nama asing dalam teknologi VAR apabila kepakaran mereka digunakan dalam kancah saingan liga eropah dan kejohanan peringkat benua.
Semalam, Bernama melaporkan barisan pengadil tempatan terpaksa melupakan impian menerima mandat untuk terlibat dalam pertandingan bola sepak berprestij termasuk Piala Dunia sekiranya tidak mempunyai lesen VAR.
Ia susulan syarat dan kriteria lebih ketat ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk melantik pengadil yang mempunyai pengalaman berkaitan VAR selepas teknologi itu digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa ketika ini.
Dalam laporan itu, Tenaga Pengajar Teknikal FIFA yang merupakan bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh mendedahkan Malaysia terlepas peluang mencalonkan salah seorang pengadil lelaki terbaiknya untuk bertugas di Piala Dunia 2022 kerana tidak memiliki lesen VAR.
Mengulas mengenai pendedahan dibuat bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM itu, Noor Azman berkata beliau akan cuba mendapatkan laporan serta pengesahan daripada pengerusi terkini jawatankuasa pengadil FAM Datuk S. Sivasundaram.
Pada Mac 2020 FAM melancarkan Sistem Pengadil Profesional Malaysia (MProRS) dengan misi menjadikan pengadil tempatan sebagai penanda aras di Asia dan melihat tiga pengadil tempatan diberi mandat pada kempen Piala Dunia 2026.
Teknologi VAR pertama kali digunakan di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala AFC antara KL City FC dan kelab dari Oman, Al-Seeb di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 22 Okt lepas yang dikendalikan sepenuhnya oleh AFC.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata penggunaan VAR dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) masih memerlukan kajian mendalam sebelum boleh diguna pakai secara meluas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022

FAM mengadakan perjumpaan bersama syarikat Hawk-Eye Innovations dan Mediapro baru-baru ini bagi mendapatkan butiran mengenai teknologi itu. - Reuters

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.