SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira dengan keadaan terkini pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim yang kini dilihat semakin baik.
Berkongsi saat melawat Faisal di hospital, Hannah berkata dia gembira melihat pemain itu tersenyum ketika beliau menunjukkan isyarat hati kepadanya, tanda semua orang menyayanginya.
Hannah turut yakin pemain Selangor FC itu akan dirawat dengan baik dan menjalani pemulihan yang terbaik.
Tambah beliau, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga akan menghubungi isterinya bagi memastikan dia dan keluarga dalam keadaan baik dan menyediakan sesi kaunseling sekiranya perlu.
“Tentu sedih melihat keadaan beliau tetapi saya juga yakin tuhan sayang dengan Faisal, itu sebab beliau ada peluang untuk pulih sekarang.
“Renungan mata dia sama walaupun dia terlantar atas katil tetapi mata dia menunjukkan beliau positif.
“Setiap kali kita senyum tunjukkan tanda hati kepadanya dia balas dengan positif dan saya yakin sangat-sangat (Faisal akan pulih),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di hospital selepas melawat Faisal pada Rabu yang turut diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, doktor memaklumkan kepadanya fizikal Faisal berada dalam keadaan baik dan membantunya untuk respons dengan baik terhadap rawatan diberikan
Menurutnya, Faisal kini dalam keadaan stabil dan kehadiran mereka adalah untuk memberi semangat kepada pemain itu dan menunjukkan negara ambil berat terhadap beliau.
“Faisal dapat berinteraksi walaupun dengan pandangan mata.
“Sementara Hannah tunjukkan isyarat kita bersama dengan beliau saya tunjuk isyarat berdoa bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan saudara Faisal.
“Saya dapati pada pandangan matanya itu, pandangan yang semacam mahu berkomunikasi dengan kami tapi cukup saya tunjukkan isyarat doa,” ujarnya.
Faisal selesai menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam dan keadaan beliau kini dilaporkan semakin baik.
Pemain sayap kebangsaan itu dimasukkan ke hospital pada minggu lepas susulan insiden simbah asid yang berlaku kepadanya.
Kejadian itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan kelecuran di bahagian kepala, muka, badan dan juga tangannya.
-ENDS-
Ridauddin Daud
Wed May 08 2024
Hannah yakin pemain Selangor FC itu akan dirawat dengan baik dan menjalani pemulihan yang terbaik. - Gambar Astro AWANI
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Siasatan kerugian FashionValet | Sanusi mohon maaf secara terbuka | Tidak dibenarkan ganggu mangsa | SOP baharu soket elektrik bas ekspres
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Siasatan FashionValet diteruskan, apa nasib Vivy dan suami?
- Tinjauan dapati rakyat optimis hala tuju negara, rasuah kekal kebimbangan
- Sejak 2020, lebih 3,000 penjawat awam muflis, apa jadi punca?
- China ucap tahniah kemenangan Trump, ajak kerjasama demi sejagat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Siasatan FashionValet diteruskan, apa nasib Vivy dan suami?
- Tinjauan dapati rakyat optimis hala tuju negara, rasuah kekal kebimbangan
- Sejak 2020, lebih 3,000 penjawat awam muflis, apa jadi punca?
- China ucap tahniah kemenangan Trump, ajak kerjasama demi sejagat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Rusia beri isyarat sedia nilai semula hubungan dengan AS di bawah kepimpinan baharu
Sergey Lavrov menegaskan keterbukaan Rusia untuk berdialog, khususnya dalam konteks interaksi dengan pentadbiran AS yang akan datang.
AWANI Ringkas: Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Trump - PM Anwar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Consider This: Social Work Profession Bill (Part 1) — The Cost of Delay
The long-awaited Social Work Profession Bill, aimed at finally professionalising this sector through mandatory licensing and standards, was set to be tabled this year in Dewan Rakyat but tabling has been delayed. What does it mean for a country when its social support workforce is left unprotected and unregulated? And who bears the real cost of these delays? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Teoh Ai Hua, President of Malaysian Association of Social Workers, which has championed professional social work for five decades now and actively provides training for social workers in government and civil society sectors.
Consider This: Social Work Profession Bill (Part 2) — The Cost of Delay
The long-awaited Social Work Profession Bill, aimed at finally professionalising this sector through mandatory licensing and standards, was set to be tabled this year in Dewan Rakyat but tabling has been delayed. What does it mean for a country when its social support workforce is left unprotected and unregulated? And who bears the real cost of these delays? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dato’ Dr Amar-Singh HSS, consultant paediatrician and a child and disability activist.
KDN nafi dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan kononnya 1.2 juta pelancong rakyat China masuk ke Malaysia dan tidak keluar semula.
#AWANIRingkas 7 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 November 2024
1️⃣ Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Trump - PM Anwar
2️⃣ Sukan Olimpik Paris 2024
3️⃣ Lelaki tikam mati dua beranak
#awaniringkas
1️⃣ Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Trump - PM Anwar
2️⃣ Sukan Olimpik Paris 2024
3️⃣ Lelaki tikam mati dua beranak
#awaniringkas
AWANI Tonight: U Mobile chosen for 5G through open tender, no direct award
Communications Minister Fahmi Fadzil says U mobile was selected as the country's second 5G network provider through an open tender process and not via direct award.
AWANI Tonight: Australia to ban social media use for under 16
Australia plans to introduce a legislation to ban children under 16 from social media, a policy the government says is world-leading, with the laws to be introduced in parliament this year.
AWANI Tonight: Climate change: 2024 set to be world's warmest on record
According to the European Climate Service, 2024 is projected to be the warmest year on record, with global average temperatures expected to exceed 1.5°C above pre-industrial levels.
“Faisal tersenyum, renungan mata masih sama, positif" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh gembira dengan keadaan terkini pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim yang kini dilihat semakin baik.