PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) disaran menilai beberapa kriteria penting terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melantik jurulatih baharu bagi mengemudi bahagian beregu lelaki negara.
Legenda beregu badminton negara, Datuk Razif Sidek berkata, penetapan kriteria itu perlu merangkumi kemampuan individu terbabit untuk mengenali budaya sukan badminton di Malaysia.
Menurut Razif, kriteria tersebut amat penting terutamanya dalam memastikan para pemain beregu negara dapat mengikut dengan cara permainan yang ditetapkan oleh pengarah teknikal.
“Pada pendapat saya, tiada masalah kalau BAM nak lantik jurulatih beregu lelaki ini dalam kalangan orang tempatan ataupun orang luar. Apa yang penting adalah jurulatih itu perlu memahami budaya badminton negara kita.
“Tidak kiralah jurulatih itu baik macam mana pun, kalau dia tidak faham dengan budaya kita bermain, kualiti pemain yang kita ada ketika ini, saya rasa pada akhir nanti kita sendiri yang kan rugi,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Pada Isnin, jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele bakal meninggalkan BAM berkuat kuasa 1 April depan selepas beliau memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama badan induk itu meskipun sudah ditawarkan kontrak lanjutan.
Menurut Flandy, keputusan tersebut dibuat oleh selepas mengadakan perbincangan bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky sambil memberitahu sekarang merupakan waktu yang tepat buat dirinya untuk mengundurkan diri daripada skuad badminton negara.
Dalam pada itu, Razif berkata, sekiranya BAM berhasrat mendapatkan jurulatih import bagi menggantikan Flandy, badan induk itu perlulah melantik seorang pembantu jurulatih dalam kalangan orang tempatan.
Jelas beliau, tindakan tersebut dilihat akan membantu melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu dalam bidang kejurulatihan, sekali gus akan membantu perkembangan sukan badminton di negara ini.
“Sebab apa yang saya lihat ketika ini, kita sebenarnya tidak ketandusan jurulatih-jurulatih tempatan, cuma mereka tidak diberi pendedahan yang banyak.
“Jadi saya mencadangkan, kalau BAM nak ambil ketua jurulatih dari luar, mereka kena memastikan pembantu itu perlulah dalam kalangan orang tempatan supaya mereka dapat belajar dan peroleh lebih banyak ilmu.
“Sebab kalau mereka tidak diberi pendedahan, sampai bila-bila kita akan bergantung kepada tenaga luar, walhal kita mempunyai bekas-bekas pemain yang mampu menyinar dalam bidang kejurulatihan,” katanya.
*Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 30 2022

Razif berkata, sekiranya BAM berhasrat mendapatkan jurulatih import bagi menggantikan Flandy, badan induk itu perlu melantik seorang pembantu jurulatih dalam kalangan orang tempatan. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.