KELIBAT gadis-gadis litar yang cantik dan seksi tidak akan lagi ditampilkan pada perlumbaan Formula 1 bermula musim 2018.
Pengurusan sukan itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat menjelang permulaan kempen baru Mac ini.
Ketua Komersil F1, Sean Bratches menyifatkan amalan sekian lama itu satu percanggahan norma sosial dunia moden.
"Sejak tahun lalu, kami meneliti beberapa perkara yang kami rasakan perlu diperbaiki, supaya ia lebih sejajar dengan visi sukan hebat ini.
"Amalan meletakkan gadis litar sudah menjadi kebiasaan dalam Formula 1 sejak berdekad-dekad lalu, dan kami merasakan amalan ini tidak lagi menggambarkan nilai jenama dan bercanggah dengan norma sosial dunia moden.
"Kami tidak percaya amalan ini sesuai atau relevan dengan sukan Formula 1, peminatnya, sama ada lama dan baru di seluruh dunia," jelas Bratches.
Gadis litar dan model promosi digunakan secara meluas di grand prix F1.
Lazimnya mereka berperanan memegang papan tanda untuk pemandu di litar.
Gadis litar juga mengiringi pemandu sebelum perlumbaan dan selepas perlumbaan sekiranya pemandu berkenaan menaiki podium.
Keputusan menghentikan penampilan gadis litar disambut baik badan sukan Women's Sport Trust UK.
"Terima kasih F1 kerana menamatkan khidmat gadis litar. Satu lagi sukan membuat pilihan jelas mengenai apa yang mereka perjuangkan," badan itu menjelaskan dalam satu kenyataan.
Sebelum ini F1 pernah menggunakan khidmat model lelaki pada Monaco GP 2015 sebagai cubaan untuk membuat perubahan.
Namun tindakan itu dikritik juara dunia empat kali Sebastian Vettel.
Sukan F1 bukan yang pertama menghentikan penampilan wanita pada acara sukan mereka.
Sebelum ini Perbadanan Sukan Dart Profesional (PDC) turut umum menamatkan serta merta penggunaan wanita bagi mengiringi pemain ketika sesuatu perlawanan.
Astro Awani
Wed Jan 31 2018
![F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517435951_gridgirl.jpg)
Pengurusan sukan F1 berpendapat amalan menggunakan gadis litar bercanggah dengan norma kehidupan dunia moden - Foto REUTERS
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81551845575_950x600.jpg)
Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini.
![Penerbit filem Star Wars dinobat selebriti terkaya Amerika Syarikat Penerbit filem Star Wars dinobat selebriti terkaya Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545202501_GEORGELUCAS.jpg)
Penerbit filem Star Wars dinobat selebriti terkaya Amerika Syarikat
Hasil penjualan Syarikat Lucas Film kepada Walt Disney Co sebanyak AS$4 bilion (kira-kira RM17 bilion) pada tahun 2012 adalah antara sumbangan terbesar kepada kekayaan beliau.
![Wushu Malaysia pulang tanpa pingat Sukan Asia 2018 Wushu Malaysia pulang tanpa pingat Sukan Asia 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81534933811_TBWUSHUxjpg.jpg)
Wushu Malaysia pulang tanpa pingat Sukan Asia 2018
Timbul persoalan sama ada pasukan tersebut perlu diberi peluang dihantar atas kategori A (perbelanjaan ditanggung sepenuhnya) pada kejohanan akan datang.
![5 sebab skuad Jerman pulang awal ke halaman sendiri 5 sebab skuad Jerman pulang awal ke halaman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530278622_GermanyKecewa.jpg)
5 sebab skuad Jerman pulang awal ke halaman sendiri
Kekecewaan menyelubungi setiap pemain dan petugas skuad Jerman yang tidak menjangkakan ianya berakhir penuh memalukan.
![Ciri VR Stadium Astro bawa pengalaman menonton Piala Dunia 'di stadium' Ciri VR Stadium Astro bawa pengalaman menonton Piala Dunia 'di stadium'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528729820_fifavr.jpg)
Ciri VR Stadium Astro bawa pengalaman menonton Piala Dunia 'di stadium'
Ketika ramai yang akan terpaku depan televisyen, Astro tawarkan pengalaman menonton secara langsung Piala Dunia seperti berada di dalam stadium dengan ciri 'virtual reality'.
![Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018 Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527769845_Samsung.jpg)
Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018
Samsung Malaysia melancarkan keluaran televisyen skrin besar berdefinisi tinggi QLED terbaru untuk model tahun 2018 hari ini.
![Siapa cakap tak laku? iPhone X cecah jualan lebih 50 juta unit! Siapa cakap tak laku? iPhone X cecah jualan lebih 50 juta unit!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81507347264_950x600.jpg)
Siapa cakap tak laku? iPhone X cecah jualan lebih 50 juta unit!
Setakat tiga bulan pertama tahun ini sahaja, iPhone X capai jualan 16 juta unit sekaligus muncul telefon pintar dengan jualan tertinggi.
![F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517435951_gridgirl.jpg)
F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan
Kelibat gadis-gadis litar yang cantik dan seksi tidak akan lagi ditampilkan pada perlumbaan Formula 1 bermula musim 2018.
![Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51456055900_GadgetAddiction.jpg)
Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan
Jumlah pengguna Internet meningkat kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial.
![Pilihan raya presiden Mesir pada Mac Pilihan raya presiden Mesir pada Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515446587_TBEGYPTELECTION.jpg)
Pilihan raya presiden Mesir pada Mac
Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan Mesir (NEC) mengumumkan pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 ke 28 Mac 2018.