Samsung Malaysia melancarkan keluaran televisyen skrin besar berdefinisi tinggi QLED terbaharu untuk model tahun 2018 sempena “Samsung Exclusive Launch Offer”, hari ini.
Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics, Kim Yoonsoo, pada tahun ini televisyen QLED adalah televisyen skrin besar definisi tinggi yang tercanggih dan kontemporari berdasarkan gaya hidup pengguna moden pada masa ini.
“Kami berbangga untuk mengatakan bahawa pengguna kami dapat menikmati kandungan yang mereka ingin dipaparkan dan bagaimana mereka berinteraksi dengan peranti mereka pada tahap yang lebih tinggi di paparan TV,” katanya.
Televisyen QLED model terkini menampilkan ciri-ciri telah dipertingkatkan dengan ciri terbaharu seperti Intelligent Visual Expression bagi mencapai paparan yang lebih terperinci dan ciri Adaptive Display yang menyatukan paparan dengan ruang hidup.
Antara ciri terbaru dalam televisyen QLED 2018 juga ialah ciri Direct Full Array terbaru yang menggunakan panel dengan zon dengan latar belakang yang dikendalikan dengan pintar yang menyesuaikan secara automatik untuk memaparkan gambaran skrin yang berkualiti tinggi dan lebih jelas.
Televisyen QLED 2018 juga mempunyai teknologi Advanced Anti-Reflection yang memastikan bahawa kualiti gambar yang menakjubkan di kaca televisyen dan juga membantu meningkatkan kontras paparan.
Ciri Magic Screen yang didapati dalam televisyen QLED 2018 berfungsi untuk menjimatkan tenaga yang membolehkan televisyen QLED memaparkan gambar dengan lebih berkualiti serta elegan.
Samsung juga memperkenalkan pendekatan terbaru bagi mengurangkan kerumitan kabel pada televisyen QLED 2018, dengan ciri One Invisible Connection yang mengintegrasikan kabel kuasa dan garisan data di mana sebelum ini dipisahkan untuk membolehkan televisyen mampu menyelaraskan dengan lebih efisyen.
Selain itu, televisyen QLED 2018 juga direka dengan ciri penyambungan lancar daripada peranti serasi SmartThings untuk menawarkan pengguna lebih banyak kawalan ke atas teknologi pintar rumah pengguna dan ianya tersedia dalam peranti berkuasa iOS dan Android.
Televisyen QLED 2018 menampilkan tiga model dan akan tersedia bermula 1 Jun 2018, antaranya Q9F 4K Smart QLED TV yang mempunyai saiz skrin 75 inci yang berharga RM34,904.00 dan saiz skrin 65 inci yang berharga RM18,866.00.
Model kedua iaitu Q8C 4K Curved Smart TV yang memiliki bentuk paparan berlengkok mempunyai saiz skrin 65 inci (RM16,980.00) dan 55 inci (RM9,433.00).
Di samping itu, model ketiga ialah Q7F 4K Smart QLED TV yang mempunyai tiga saiz skrin iaitu 75 inci (RM31,131.00), 65 inci (RM15,093.00) dan 55 inci (RM8,489.00).
Pihak Samsung juga berkata pengguna hari ini bukan sahaja mementingkan saiz skrin yang lebar dan besar, namun juga menawarkan kualiti imej yang terbaik dan murni, dan pemasangan tanpa sebarang kerumitan seiring dengan aplikasi teknologi berasaskan kepintaran buatan (AI) yang mudah digunakan untuk menghubungkan telefon pintar ke televisyen.
Televisyen QLED telah menjadi salah satu jenama terbesar untuk televisyen definisi ultra-tinggi di peringkat antarabangsa.
Faiq Chong
Thu May 31 2018

TV skrin besar QLED 2018 telah menjadi salah satu jenama terbesar untuk televisyen definisi ultra-tinggi di peringkat antarabangsa. Facebook/Samsung

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Keputusan SPM 2018 pada 14 Mac ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini.

Penerbit filem Star Wars dinobat selebriti terkaya Amerika Syarikat
Hasil penjualan Syarikat Lucas Film kepada Walt Disney Co sebanyak AS$4 bilion (kira-kira RM17 bilion) pada tahun 2012 adalah antara sumbangan terbesar kepada kekayaan beliau.

Wushu Malaysia pulang tanpa pingat Sukan Asia 2018
Timbul persoalan sama ada pasukan tersebut perlu diberi peluang dihantar atas kategori A (perbelanjaan ditanggung sepenuhnya) pada kejohanan akan datang.

5 sebab skuad Jerman pulang awal ke halaman sendiri
Kekecewaan menyelubungi setiap pemain dan petugas skuad Jerman yang tidak menjangkakan ianya berakhir penuh memalukan.

Ciri VR Stadium Astro bawa pengalaman menonton Piala Dunia 'di stadium'
Ketika ramai yang akan terpaku depan televisyen, Astro tawarkan pengalaman menonton secara langsung Piala Dunia seperti berada di dalam stadium dengan ciri 'virtual reality'.

Samsung perkenal model TV QLED terkini untuk 2018
Samsung Malaysia melancarkan keluaran televisyen skrin besar berdefinisi tinggi QLED terbaru untuk model tahun 2018 hari ini.

Siapa cakap tak laku? iPhone X cecah jualan lebih 50 juta unit!
Setakat tiga bulan pertama tahun ini sahaja, iPhone X capai jualan 16 juta unit sekaligus muncul telefon pintar dengan jualan tertinggi.

F1 hilang seri, khidmat gadis litar ditamatkan
Kelibat gadis-gadis litar yang cantik dan seksi tidak akan lagi ditampilkan pada perlumbaan Formula 1 bermula musim 2018.

Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan
Jumlah pengguna Internet meningkat kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial.

Pilihan raya presiden Mesir pada Mac
Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan Mesir (NEC) mengumumkan pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 ke 28 Mac 2018.