Pertahanan Fenerbahce, Mert Muldur, memberikan gol pertama buat Turki susulan sepakan kencang voli menewaskan penjaga gol Georgia, Giorgi Mamardashvili.
Georgia pantas menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.
Berselang babak kedua, Turki meneruskan rentak kecemerlangannya dengan menggunakan kekuatan pemain sayap untuk mencari jaringan kebangkitan.
Aksi tersebut diiringi dengan cuaca hujan lebat yang semakin merancakkan suasana permainan daripada kedua-dua pasukan.
Pemain muda Real Madrid, Arda Guler, berjaya menyumbat gol kedua buat Turki pada minit ke-65 dengan rembatan kencangnya daripada bahagian kanan.
Sebelum wisel penamat dibunyikan, pemain berjersi numbur tujuh, Kerem Akturkoglu, menjadi wira Turki selepas mencuri peluang ketika penjaga gol Georgia berada luar daripada posisinya untuk memberikan tiga mata berharga.