TUJUH penyokong Serbia dan seorang penyokong England ditahan selepas terlibat pergaduhan hingga terlepas perlawanan, kata pegawai kanan polis di Gelsenkirchen, Peter Both.

Seorang lagi peminat dikejarkan ke hospital akibat kecederaan kepala tetapi keluar untuk menonton perlawanan itu.

Pihak berkuasa berkata kejadian semalam itu berakhir dengan cepat dan mereka berpuas hati secara keseluruhan dengan operasi keselamatan sempena perlawanan itu yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi atas kedua-dua kumpulan penyokong mempunyai reputasi kerana menimbulkan masalah sebelum dan semasa perlawanan.

Polis berkata sekumpulan peminat Serbia sedang makan di dalam apabila sekumpulan besar penyokong England cuba memasuki restoran yang dihiasi bendera Serbia itu.

Peminat yang ditahan itu dibebaskan pada waktu malam. Begitupun, polis telah menghubungi Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk mengesyorkan mereka yang terlibat supaya dilarang daripada menghadiri perlawanan akan datang. - Sinar Harian