CROATIA 1 ITALI 1

Mattia Zaccagni melaungkan bahawa dia dan Itali tidak sabar-sabar untuk membalas jasa ketua jurulatih. Luciano Spalletti, selepas gol penyamaan lewat dramatik pemain gantian itu ke atas Croatia membawa Azzurri mara ke peringkat kalah mati EURO 2024.

Penyandang juara itu menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan B dan berdepan penyingkiran berikutan jaringan Luka Modric di Leipzig, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pada minit kelapan masa kecederaan, pemain gantian itu muncul wira apabila melencongkan rembatannya untuk melepasi jangkauan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Dengan kejayaan merampas tempat kedua daripada finalis Piala Dunia 2018, Itali kekal dalam msisi mempertahankan kejuaraan mereka dan akan menentang Switzerland dalam pusingan 16, Ahad depan.

Spalletti memacu Azzurri dalam kejohanan besar buat kali pertama, lantas Zaccagni memberi pujian kepada bekas pengurus Napoli itu.

"Saya berasa kepuasan yang sangat besar," katanya.


"Saya teruja, ia adalah petang yang indah. Ia penting untuk membuat keputusan ketika itu demi merampas tempat kedua.

"Kami melakukannya dengan baik untuk kekal dalam permainan menerusi prestasi separuh masa kedua yang hebat.

"Kami layak untuk keputusan seri ini. Jurulatih melakukannya dengan baik dalam pembentukan kumpulan ini, kami akan cuba membalasnya di atas padang."