ZLATKO Dalic memohon maaf atas persembahan buruk Croatia ketika membuka kempen Euro 2024 menentang Sepanyol, awal pagi tadi, sambil ketua jurulatih negara itu, Luis de la Fuente, memuji bintang remaja, Lamine Yamal.

Sepanyol membuka kejohanan Eropah itu dengan kemenangan dengan tiga gol buat kali kedua selepas turut membelasah Russi 4-1 dalam edisi 2008 apabila membenam Croatia 3-0 sebentar tadi. 

Alvaro Morata, Fabian Ruiz dan Dani Carvajal kesemuanya mencetak jaringan dalam separuh masa pertama, sementara gol lewat Bruno Petkovic hasil daripada bola muntah sepakan penaltinya yang pada awalnya diselamatkan dibatalkan oleh pengadil.  

Keputusan itu menandakan kekalahan terbesarnya sepanjang mengendalikan Croatia dalam kejohanan antarabangsa utama. Kali mereka diaibkan 0-3 ialah ketika 0 menentang Portugal dalam EURO 1996 dan Argentina dalam Piala Dunia 2022.

Dalic hanya mampu memohon maaf kepada peminat Croatia berikutan aksi Kumpulan B yang kurang memberangsangkan di Berlin.

“Mereka mencipta suasana yang hebat,” kata ketua jurulatih berusia 57 tahun itu.

 

“Saya minta maaf atas persembahan buruk ini hari ini. Kami tidak cukup agresif.

"Saya harap ini hanya hari yang buruk." - Stadium Astro