PERLAWANAN pembukaan Euro 2024 di antara Jerman dan Scotland menyajikan aksi memukau daripada pasukan tuan rumah yang memungut tiga mata pertama kumpulan A, sebentar tadi.

Jerman melakukan serangan awal untuk menguasai keseluruhan permainan dan hasilnya tiga jaringan tercipta oleh tiga pemain yang berlainan.

Pemain berusia 21 tahun, Florian Wirtz dan Jamal Musiala, muncul sebagai penjaring termuda menjaringkan gol dalam satu pasukan yang sama buat kali pertama dalam kejohanan Eropah. 
 


Dalam masa sama, juara Piala Dunia 2014 itu merekodkan catatan baru apabila merupakan pasukan pertama mendominasi separuh masa pertama dengan tiga gol dalam Euro sejak tahun 1984 selepas Perancis. - Stadium Astro