Kemenangan itu juga turut menenggelamkan perlawanan bersejarah buat kapten dan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo.
Perlawanan itu menyaksikan Ronaldo menjadi pemain Eropah pertama melakukan 50 penampilan dalam kejohanan utama (Piala Dunia dan EURO) tetapi aksi kali ini menjadi miliki Georgia.
Mikautadze membantu Khvicha Kvaratskhelia memperoleh jaringan seawal minit kedua sebelum tenang menyempurnakan sepakan penalti dalam separuh masa kedua, sekali gus memastikan kemenangan pertama Georgia dalam kejohanan utama.
Keputusan itu memberikan pasukan bimbingan Willy Sagnol berkenaan tiket untuk ke pusingan kalah mati dan akan bertemu Sepanyol awal pagi Isnin ini.
Portugal, yang merupakan juara Kumpulan F, pula perlu kembali memperkemaskan aksi mereka menjelang perlawanan menentang Slovenia di Frankfurt sehari kemudian.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro