MACEDONIA UTARA 0 BELANDA 3
Memphis Depay dan Georginio Wijnaldum mempamerkan prestasi cemerlang untuk menginspirasikan kemenangan 3-0 Belanda ke atas Macedonia Utara dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Euro 2020 awal pagi tadi, sekali gus membantu Oranje mencipta sejarah buat kali pertama menjaringkan dua gol atau lebih dalam 10 perlawanan berturut-turut.
Skuad kendalian Frank de Boer itu telah memastikan kemaraan lebih awal selaku juara Kumpulan C dan kempen Eropah buat lawan mereka juga sudah berakhir tanpa mengira keputusan di Amsterdam itu tetapi Macedonia Utara tetap mempamerkan semangat juang tinggi sebelum tewas 0-3.
Aksi menarik dalam separuh masa pertama menyaksikan Belanda diberikan tekanan awal menerusi gol Ivan Trickovski yang dibatalkan dan percubaan Aleksandar Trajkovski pula terkena tiang.
Bagaimanapun, Belanda lebih bijak memanfaatkan peluang untuk membuka jaringan menerusi Depay.
Pemain baru Barcelona itu menemui jaringan pada minit ke-24 selepas saling bertukar hantaran dengan Donyell Malen dan dia turut melorongkan umpanan lintang rendah untuk disudahkan Wijnaldum bagi memastikan kelebihan 2-0 Belanda pada minit ke-51.
Pemain tengah Paris Saint-Germain itu kemudian menggandakan jaringannya berselang tujuh minit apabila memanfaatkan bola muntah susulan percubaan awal Depay.
Kemenangan itu juga menyaksikan Belanda menamatkan peringkat kumpulan dengan rekod bersih tiga kemenangan daripada tiga perlawanan.
Astro Arena
Tue Jun 22 2021

Georginio Wijnaldum (kiri) dan Memphis Depay meraikan selepas menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan Euro 2020 kumpulan C antara Belanda dan Macedonia Utara di Arena Johan Cruyff, Amsterdam, Belanda, 21 Jun, 2021. (Foto AP)

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kepahlawanan Saka julang England
Hatrik Bukayo Saka membantu England mengukuhkan cengkaman Kumpulan C selepas menewaskan Macedonia Utara 7-0 dalam kelayakan Euro 2024.

Portugal mara ke Piala Dunia Qatar 2022
Digemuruh 50,000 para penyokong di Estadio do Dragao, Porto, A Seleo mendominasi permainan dari awal.

PM Macedonia Utara Zoran Zaev umum letak jawatan berikutan kekalahan partinya
Tindakan diambil susulan kekalahan parti Kesatuan Demokratik Sosial Macedonia pada pusingan kedua pilihan raya tempatan.

Euro 2020: Depay, Wijnaldum bantu Belanda cipta sejarah
Memphis Depay dan Georginio Wijnaldum membantu Oranje mencipta sejarah buat kali pertama menjaringkan dua gol atau lebih dalam 10 perlawanan berturut-turut.