MANCHESTER UNITED 3 NOTTINGHAM FOREST 0
Marcus Rashford menjadi inspirasi kemenangan 3-0 Manchester United ke atas Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi tadi, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka sejak Piala Dunia Qatar 2022.
Rashford memainkan peranan penting ketika mereka menewaskan Burnley dalam aksi Piala EFL minggu lalu dan sekali lagi mencuri tumpuan dalam aksi kali ini bagi memastikan United kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga keempat, Newcastle United.
Penyerang England itu membuka jaringan pada minit ke-19 apabila bijak menghidu peluang daripada sepakan penjuru rendah Cristian Eriksen.
Tiga minit kemudian, dia sekali lagi memainkan peranannya untuk menjadikan kedudukan 2-0, kali ini dengan membantu Anthony Martial menewaskan Wayne Hennessey selepas satu serangan balas pantas yang dimulakan Casemiro.
United memperoleh peluang awal dalam babak kedua tetapi Antony mensia-siakannya meskipun sudah berada dalam situasi satu lawan satu dengan Hennessey.
Rashford juga terlepas peluang untuk memanfaatkan hantaran licik pemain gantian, Donny van de Beek, tetapi United menamatkan sisa perjuangan Forest pada minit ke-87, di mana Fred menyudahkan lorongan gemilang Casemiro.
United seterusnya akan meneruskan saingan liga dengan berkunjung ke laman Wolves pada Sabtu ini manakala Forest pula akan melayani tandangan Chelsea sehari kemudian. - Astro ARENA
Astro Arena
Wed Dec 28 2022
Pemain Manchester United Marcus Rashford meraikan selepas menjaringkan gol di hadapan peminat bola sepak di Old Trafford. - Foto AP
Sektor tenaga hijau mampu tarik pelaburan langsung asing ke Malaysia
"Kerajaan harus menyedari bahawa permintaan dunia kini bergerak ke arah penyelesaian yang lebih mesra alam."
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
KPDN Kelantan laksana pelan kontigensi banjir
Ia antara pelan kontigensi banjir KPDN bagi memastikan bekalan makanan asas mencukupi, mudah diperoleh, dijual pada harga yang ditetapkan.
Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
PDAM komited tambah baik kemudahan stesen minyak
PDAM komited untuk meneroka penyelesaian agar seiring dengan visi PM untuk semua pengusaha stesen minyak menambah baik kemudahan di premis mereka.
EV jadi kenderaan rasmi pemimpin ASEAN pada 2025 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan.
10 Berita Pilihan - (28 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 29 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China mula bina kilang kereta terbang pertama di dunia
Disebalik cabaran global, fokus China dalam merealisasikan landskap global yang lebih futuristik dan lestari demi kebaikan sejagat dalam peradapan era baharu tidak langsung terabai. Malah komitmen negara tembok besar itu dalam bidang teknologi terus diperbaharui dan kehadapan, sekali gus menarik perhatian pelbagai negara di peringkat antarabangsa. Terbaharu, China mengumumkan pembinaan kilang pembuatan kereta terbang pertama di dunia yang terletak di Guangzhou.
Membimbangkan! GHG terkumpul lebih pantas dalam dua dekad
Konsentrasi Gas Rumah Hijau (GHG) yang terkumpul pada permukaan atmosfera semakin membimbangkan apabila ia terkumpul lebih pantas dalam tempoh dua dekad ini. Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dalam kenyataan pada Selasa berkata konsentrasi karbon dioksida mencatatkan paras tertinggi dengan peningkatan sebanyak 11.4 peratus dalam tempoh 20 tahun.
EPL: 'Cole Palmer penyebab penyokong beli tiket tonton aksi Chelsea'
Palmer hanya memerlukan 75 saat selepas bermulanya separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kemenangan sekali gus meletakkan Chelsea mendahului 2-1.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
EPL: "Sangat tidak adil," kata Erik Ten Hag selepas Manchester United tumbang
The Red Devils mensia-siakan beberapa peluang pada separuh masa pertama dengan percubaan Alejandro Gernacho sekadar singgah di palang gol.
EPL: Stuart Pearce 'tidak terkejut' jika Pep Guardiola tinggalkan Manchester City
Bekas jurulatih West Ham, Stuart Pearce, tidak akan berasa terkejut sekiranya musim 2024/2025 merupakan tahun terakhir Pep Guardiola bersama Manchester City.
EPL: Tandukan saat akhir Stones pastikan City atasi Wolves
Wolves akhirnya ditundukkan apabila Stones melompat tinggi untuk menemui sepakan penjuru Phil Foden, yang ditanduk masuk ke gawang lawan.
EPL: Gol Jones kembalikan Liverpool ke puncak atasi Chelsea
Liverpool kembali berkelebihan satu mata di atas pencabar terdekat, City, dan empat mata di atas lawan berikutnya, Arsenal.
EPL: Guardiola dedah Ederson ubah fikiran saat akhir
Ederson begitu hampir meninggalkan Manchester City tetapi akhirnya kekal berikutan gagal mencapai kata sepakat dalam soal yuran perpindahan.
EPL: Man United kempunan lagi, seri berdepan Aston Villa
Skuad kendalian Unai Emery kerap melancarkan serangan berbahaya, namun ketangkasan penjaga gol, Andre Onana, menepis segala percubaan.
Tottenham buat Man Utd terpukau - Postecoglou
Postecoglou kagum dengan prestasi pasukannya sepanjang 90 minit terutama dengan permulaan pantas mereka.
EPL: Tak patut kad merah - Bruno Fernandes
Derita tuan rumah bertambah parah apabila Fernandes dibuang padang pada minit ke-42 susulan terjahannya ke atas James Maddison.