FULHAM 1 MANCHESTER CITY 2
Pep Guardiola kagum dengan perwatakan Manchester City selepas mereka melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan tipis 1-2 ke atas Fulham malam tadi.
Gol gemilang Julian Alvarez dari jarak 25 ela sudah cukup untuk memberikan mereka kemenangan di Craven Cottage selepas jaringan pembukaan daripada sepakan penalti Erling Haaland dipadamkan Carlos Vinicius.
Walaupun ia bukanlah aksi terbaik mereka, kemenangan itu membolehkan pasukan juara bertahan itu memintas Arsenal untuk menduduki tangga teratas liga buat kali pertama sejak Februari lalu, bahkan mereka masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan berbanding Arsenal, yang ditewaskan 4-1 di Stadium Etihad minggu lalu.
Guardiola gembira dengan cara barisan pemainnya mengatasi situasi sukar itu biarpun beraksi buruk menentang lawan bimbingan Marco Silva berkenaan.
"Saya tidak pernah meragui pemain saya," katanya dalam rancangan BBC, Match of the Day.
"Perlawanan ini amat sengit sehingga ke penghujungnya. Kami tidak boleh mengharapkan sesuatu yang berbeza.
"Ia terlalu banyak perlawanan tetapi kami sedar selepas menewaskan Arsenal di laman sendiri, memenangi perlawanan seperti ini amat penting. Pemain kami menanganinya dengan baik.
"Kami memberikan respons dengan baik (selepas jaringan penyamaan Fulham). Momentumnya ada, kami bermain dengan baik. Ia bukan mudah kerana mereka bertahan dengan amat baik.
"Secara keseluruhan, ia satu persembahan yang baik menyedari kemampuan pihak lawan dan di mana kedudukan kami sebelum ini," katanya.
Guardiola turut memberikan penghormatan istimewa buat Haaland, yang menjadi pemain pertama menjaringkan 50 gol dalam satu musim liga utama England sejak 1931.
"Sebelum Winston Churchill menjadi Perdana Menteri? Wah, ia kedengaran sangat lama," kata pengurus City itu sambil mengukir senyuman.
"Tahniah buat Erling. Sasaran terbaiknya untuk membantu apa yang kami mahukan masih ada di sana." - Stadium Astro
Astro Arena
Mon May 01 2023
![EPL: Guardiola tabik perwatakan Manchester City ketika menang tipis ke atas Fulham EPL: Guardiola tabik perwatakan Manchester City ketika menang tipis ke atas Fulham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61682907567_ErlingHaalandPep.jpg)
Pep Guardiola dilihat memeluk pemain Manchester City Erling Haaland selepas tamat perlawanan pasukan itu menentang Fulham. - Foto AP
!['Arwah mak selalu pesan supaya kerap ziarah orang susah' - Sanusi 'Arwah mak selalu pesan supaya kerap ziarah orang susah' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723711009_TBSanusi.jpg)
'Arwah mak selalu pesan supaya kerap ziarah orang susah' - Sanusi
"Arwah mak pesan selalu ziarah orang susah," demikian kongsi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengenai pesanan ibunya Meriam Ahmad, 74, yang meninggal dunia hari ini.
![Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720610950_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung
Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.
![Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723709780_TBMaimunah.jpg)
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
![Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723708293_TBbasmaut.jpg)
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![EPL: Guardiola restui cabaran baru Julian Alvarez ke Atletico EPL: Guardiola restui cabaran baru Julian Alvarez ke Atletico](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723262101_PepGuardiolaJulia.jpg)
EPL: Guardiola restui cabaran baru Julian Alvarez ke Atletico
Guardiola menegaskan bahawa dia berminat untuk mengekalkan Julian Alvarez di Manchester City.
![EPL: Pep Guardiola setia asuh Manchester City EPL: Pep Guardiola setia asuh Manchester City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722725928_tbPepGuardiola.jpg)
EPL: Pep Guardiola setia asuh Manchester City
Guardiola mempunyai baki setahun lagi dalam kontraknya dan dijangka meninggalkan kelab itu tahun depan.
![Guardiola tiada niat tinggalkan Manchester City dalam masa terdekat Guardiola tiada niat tinggalkan Manchester City dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721791884_PepGuardiola.jpg)
Guardiola tiada niat tinggalkan Manchester City dalam masa terdekat
Buat masa ini, dia mahu memberi tumpuan kepada usaha City memenangi kejuaraan liga Inggeris kelima berturut-turut yang belum pernah terjadi.
![EPL: Guardiola diangkat Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris EPL: Guardiola diangkat Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716352214_TBGuardiola.jpg)
EPL: Guardiola diangkat Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris
Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) Terbaik tahun ini selepas membawa Manchester City memenangi gelaran keempat berturut-turut.
![Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716177594_tbManchesterCity.jpg)
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
!['Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola 'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715493480_TBManchesterCity.jpg)
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
![Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714881129_ErlingHaaland.jpg)
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
![UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713403270_TBManCityjpg.jpg)
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
![Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712110605_BastianSchweinsteig.jpg)
Guardiola antara punca kejatuhan bola sepak Jerman - Bastian Schweinsteiger
Jerman kehilangan sebahagian daripada nilai mereka kerana cara jurulatih dari Sepanyol itu mengendalikan pasukan ketika bersama Bayern Munich.
![EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami' EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710120090_TBBritainSoccer.jpg)
EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami'
John Stones memberikan pasukannya kelebihan dengan jaringan gol pendahuluan pada minit ke-23.