JURGEN KLOPP percaya Mohamed Salah masih mempunyai tubuh pemain muda walaupun pemain Mesir itu semakin berpengalaman luas.
Salah masuk sebagai pemain gantian untuk mendapatkan gol terakhir Liverpool dalam kemenangan Liga Europa 5-1 ke atas Toulouse, semalam untuk jaringan Eropah ke-43 untuk kelab itu, secara tidak langsung melepasi rekod Thierry Henry yang mencatatkan 42 gol buat Arsenal sebagai yang terbanyak dijaringkan oleh mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk satu kelab tunggal di peringkat benua.
Ia berlaku selepas pemain berusia 31 tahun itu mencetak kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Everton, minggu lalu, dan bermakna Salah kini telah menyumbangkan gol atau membantu jaringan dalam setiap 13 perlawanan terakhir liga.
Salah menyasarkan untuk melanjutkan rekod berkenaan apabila melawat Nottingham Forest esok dan Klopp bukan sahaja menikmati kematangan persembahan anak buahnya itu, malah percaya Salah masih mempunyai ciri-ciri fizikal untuk menandingi sesiapa sahaja.
“Di luar padang, dia berkelakuan seperti orang dewasa tetapi selain itu dia masih kelihatan seperti seorang pemain muda,” kata pengurus itu.
“Dia sangat cergas. Saya fikir jika kita boleh andaikannya mungkin dalam lingkungan 19 atau 20 tahun kerana dia mengekalkan fizikalnya dalam keadaan yang baik.
“Dia mempunyai pemahaman tentang sukan ini. Itulah yang kami cuba terapkan kepada pemain muda. Mereka semua tahu banyak tentang bola sepak bahawa kerjaya mereka mungkin berakhir pada usia 35 tahun atau anda boleh mendapatkan maklumat lebih berguna seperti ini dengan lebih awal.
“Mengenai Mo, dia lebih memahami keadaannya. Dia tahu bagaimana pemain perlu bertindak balas terhadapnya dan jika dia tidak dapat menjaringkan gol, dia masih boleh menjadi ancaman buat kami dan itu faktor yang sangat penting… Saya tidak boleh membandingkan Mo dengan pemain berusia 30 tahun yang lain kerana saya tidak fikir ada pemain yang memiliki biologi sepertinya.”
Klopp mengakui dia tidak menyedari bahawa Salah telah mengatasi jumlah rekod Eropah milik Henry tetapi dengan segala rekod yang telah dipecahkan pemain Mesir itu sepanjang di Anfield, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
“Mungkin dia akan memecahkan beberapa rekod lagi jika saya lebih berminat untuk membantunya kerana kadangkala saya merehatkan sedangkan dia boleh memecahkan rekod,” katanya lagi.
“Ia tidak disengajakan tetapi saya tidak terlalu meminati perkara sebegini.
“Dia memecahkan rekod ketika menentang Toulouse tetapi dia lambat laun dia tetap akan memecahkannya dalam dua atau tiga minggu lagi. Dia seorang pemain yang bagus.
"Kami menghargainya dan kita akan lebih menghargainya selepas bersara, apabila kita menyedari kita telah melihat sesuatu yang sangat istimewa."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Oct 28 2023
“Di luar padang, dia berkelakuan seperti orang dewasa tetapi selain itu dia masih kelihatan seperti seorang pemain muda,” kata Klopp. - Gambar fail/Stadium Astro
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
UCL: Mac Allister, Mohamed Salah bantu Liverpool benam Bologna
Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjadi watak penting dalam membantu The Red meraih dua kemenangan berturut-turut.
EPL: Penalti Salah bawa Liverpool ke puncak liga
Salah meledak gol kemenangan selepas Nelson Semedo menjatuhkan bekas bintang Wolves, Diogo Jota.
Dua gergasi Eropah berminat dapatkan Mohamed Salah
Juventus dan Paris Saint-Germain (PSG) menunjukkan potensi untuk mendapatkan khidmat Salah bagi memperkuat pasukan masing-masing.
“Ini musim terakhir saya di Liverpool,” kata Salah
"Tiada sesiapa dalam kelab yang bercakap dengan saya mengenai kontrak. Ia bukan terpulang kepada saya, ia terpulang kepada kelab."
Mohamed Salah ikuti rombongan Liverpool ke Amerika Syarikat
Salah memilih untuk tidak beraksi bersama Mesir dalam Sukan Olimpik Paris 2024 demi persediaan menghadapi musim baru.
Salah nyata kesedihan hilang rakan sepasukan Mesir kerana serangan jantung
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, antara yang terkesan dengan berita kematian rakan sepasukan di kem Mesir, Ahmed Refaat.
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
EPL: Legenda Liverpool dakwa Salah buat 'perjanjian rahsia' dengan Jurgen Klopp
Souness syak corak perjanjian yang MU gunakan dengan menambah tempoh kontrak setahun kepada Ronaldo turut dilakukan terhadap Salah.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.