Jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memastikan Belgium menang 2-0 ke atas England untuk mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Meunier menjaringkan gol pertama Belgium selepas menolak masuk hantaran silang Nacer Chadli seawal minit keempat babak pertama.
Walaupun menguasai permainan, England gagal mencari penyudah dan membuat cubaan yang berbahaya ke arah gawang Belgium yang dikawal Thibaut Courtois.
Tujuh daripada sebelas pemain kesebelasan utama Belgium beraksi di Liga Perdana Inggeris di England sekadar bermain dengan taktik bertahan dan membiarkan England menguasai 59% permainan selepas tamat babak pertama.
Skrip yang sama berulang dalam babak kedua apabila England terus menguasai permainan namun sering menghadapi serangan balas yang pantas Belgium, yang dikemudi Hazard yang beraksi dengan kelab London, Chelsea.
England hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-70 apabila tendangan Eric Dier yang berjaya menewaskan Courtois, bagaimanapun diselamatkan daripada melepasi garisan gol oleh rakan sepasukannya di Tottenham Hotspur, Toby Alderweireld.
Serangan balas Belgium 10 minit sebelum permainan tamat menyaksikan Meunier dinafikan gol keduanya pada perlawanan itu, apabila voli kencangnya hasil hantaran Dries Mertens ditampan penjaga gol England, Jordan Pickford.
Dua minit kemudian, Hazard akhirnya menamatkan perjuangan England dalam usaha mencari gol penyamaan apabila menjaringkan gol kedua Belgium, selepas menerima lorongan bola daripada Kevin De Bruyne.
Ian Johan Ariff
Sat Jul 14 2018
![England pulang dengan tangan kosong England pulang dengan tangan kosong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531585796_england.jpg)
Pemain England kelihatan sugul selepas dikalahkan Belgium dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2018. - AP
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Konsert Maliq & D'Essentials ditunda Konsert Maliq & D'Essentials ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712152781_maliqdessentials.jpg)
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
![England pulang dengan tangan kosong England pulang dengan tangan kosong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531585796_england.jpg)
England pulang dengan tangan kosong
Jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memastikan Belgium menang 2-0 ke atas England untuk mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
![Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531344162_croatia.jpg)
Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.
![Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018 Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531258724_france.jpg)
Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018
Perlawanan di Saint Petersburg itu menyaksikan Belgium menguasai 30 minit pertama permainan dengan Perancis mempunyai hanya satu cubaan ke arah gol lawan.
![Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531191710_lukaku.jpg)
Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia
Peluang terbaik skuad generasi emas untuk memenangi Piala Dunia tahun ini namun skuad bintang Perancis menjadi penghalang utama.
![Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531001061_RussiaCroatia.jpg)
Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti
Tuan rumah Piala Dunia, Rusia tersingkir dari kejohanan selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti disebalik semangat juang yang tinggi.
![Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61530909202_Brazil.jpg)
Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir
Belgium mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk menewaskan juara lima kali, Brazil 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.
![Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51530904692_Muslera.jpg)
Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.
![Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81530658807_WorldCup.jpg)
Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir
England menamatkan badi kalah dalam penentuan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi tendangan penalti.
![Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71530765778_EdinsonCavani.jpg)
Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis
Kecederaan yang dialami Cavani tidak serius dan kemungkinan besar diturunkan menentang Perancis Jumaat ini.
![Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529373791_Lukaku.jpg)
Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu
Belgium belum pernah menewaskan Brazil, namun itu cerita lama kerana the Red Devils lebih berbahaya dalam serangan kali ini berbanding dahulu.