THOMAS Meunier berkata menewaskan England untuk perebutan tempat ketiga malam esok kini menjadi keperluan minimum untuk Belgium dalam Piala Dunia 2018.
Skuad Roberto Martinez itu ditewaskan 1-0 oleh Perancis dalam separuh akhir di St Petersburg menerusi tandukan Samuel Umtiti yang menjadi pemisah kepada pertembungan sengit itu.
Ini bermakna kekecewaan "generasi keemasan" Belgium di peringkat terbesar berterusan selepas mereka terkandas dalam suku akhir edisi 2014 kepada Argentina dan di peringkat yang sama dalam Euro 2016 kepada Wales.
Ini merupakan kali kedua Belgium terbabit dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia, yang pertama berakhir dengan kekalahan 2-4 kepada Perancis pada 1986, oleh itu kali ini Meunier berhajat untuk mengatasi England, yang dikalahkan 1-0 di peringkat kumpulan.
"Kami menewaskan England di peringkat kumpulan, jadi kami boleh mengalahkan mereka lagi," kata pemain pertahanan itu dalam sidang akhbar. "Kemenangan bukan satu kewajipan tetapi kami mahukannya. Tempat ketiga adalah minimum, ia bukan satu pembaziran masa, ia satu perlawanan yang kami mahu beraksi."
England mengalami kekecewaan di tangan Croatia dalam aksi separuh akhir dengan gol sumbangan Ivan Perisic dan Mario Mandzukic, yang memadam jaringan pembukaan Kieran Trippier di Stadium Luzhniki, awal pagi semalam.
The Three Lions tewas dalam separuh akhir melalui penentuan sepakan penalti kepada Jerman Barat pada 1990, kemudian tumbang 1-2 kepada tuan rumah, Itali, dalam penentuan tempat ketiga.
Pemain pertahanan, Gary Cahill, mengakui ia adalah perlawanan aneh yang harus dimainkan, yang dilangsungkan di sebalik kekecewaan di Moscow.
Begitupun, dia berharap kemenangan akan membantu menggalakkan aura lebih positif
terhadap barisan kendalian Gareth Southgate itu.
"Ini adalah satu perlawanan yang sangat pelik kerana ia adalah satu perlawanan untuk dua pasukan yang mengalami kekecewaan tetapi permainan sudah diaturkan dan kami perlu beraksi," kata tonggak Chelsea tersebut.
"Kami hanya gagal dalam rintangan kedua terakhir, namun sebagai satu pasukan, kami harus bangga dengan diri sendiri dan bagi saya, melihat skuad muda ini, kami semestinya berasa positif mengenai masa depan."
PEMAIN TUMPUAN
Belgium: Romelu Lukaku
Penghalang terbesar dalam usaha calon Kasut Emas, Harry Kane. Lukaku sedang berusaha untuk mengakhiri kemarau tiga perlawanan tanpa gol bersama Belgium. Dia masak dengan pertahanan England ketika beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan akan menawarkan ujian yang jelas dan pantas ke atas kubu lawan yang mengharungi 120 minit permainan dalam aksi separuh akhir dan kekurangan rehat sehari.
England: Harry Kane
Dia menempuhi tempoh sukar ketika menentang Croatia dan gagal melakukan percubaan tepat dalam tempoh empat setengah jam. Namun, Kane masih mengetuai perlumbaan Kasut Emas. Mencetak nama selaku penjaring akan mencerahkan peluangnya manakala ledakan hatrik akan membawanya kepada sembilan gol, koleksi gol terbaik yang dirakamkan dalam Piala Dunia sejak 1970.
Astro Arena
Fri Jul 13 2018

Meunier berkata menewaskan England untuk perebutan tempat ketiga malam esok kini menjadi keperluan minimum untuk Belgium dalam Piala Dunia 2018. - Foto Stadium Arena

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.

Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.

Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.

Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.

Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.

Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.