PEMUDA asal Afghanistan, Nawib Ullah Bakshi, 22, mengakui termotivasi untuk menceburi sukan Muay Thai kerana enggan menjadi mangsa serangan keganasan atau buli.
Memasuki tahun kelima menetap di Malaysia, Nawib berkata, beberapa insiden buli yang dialami suatu ketika dahulu menjadikannya tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.
Menurutnya, minat mendalam terhadap sukan itu kini membuahkan hasil setelah berjaya memenangi 19 daripada 27 rekod perlawanan keseluruhan sepanjang karier pembabitannya.
“Pada mulanya, saya tak tahu apa-apa pasal sukan ini, tetapi bila kali pertama cuba jadi serasi pula, saya berlatih secara rutin di Sampuri Gym, Ampang, Selangor dan sekarang sudah masuk tahun ketujuh dalam Muay Thai.
“Satu peluang baik untuk memenangi kejohanan akan datang kerana saya banyak berlatih dan mahu bertanding di pentas yang lebih besar lagi.
“Tidak kira dengan siapa saya berlawan, saya terima dan mahu kumpul pengalaman dalam perlawanan sengit serta ganas ini,” katanya selepas sidang media Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 edisi ke-72 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Isnin.
Seramai 28 petinju hebat daripada 14 regu akan berentap merebut hadiah berupa 12 tali pinggang kejuaraan, dua tali pinggang juara pusingan dan piala berserta wang tunai.
Hadir sama ke sidang media berkenaan ialah Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang; ahli kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur dan barisan pengamal media.
Kejohanan terbabit juga mendapat sokongan daripada penaja rasmi Tourism Malaysia dan kerjasama rakan strategik seperti Yayasan Bena Nusa, MSWP, Neutrovis, minuman kesihatan Celcius Live Fit, Neutrovis, Pasaraya Borong Sakan, Sany Char Koay Teow dan Sinar Harian sebagai media rasmi.
Ditanya mengenai individu yang menjadi role model dalam sukan tersebut, Nawib memaklumkan, petinju, Namsaknoi Yudthagarngamtorn dan Buakaw Banchamek dari Thailand adalah sosok tubuh paling dikaguminya.
“Saya dapat banyak inspirasi dengan menonton perlawanan daripada petinju Muay Thai di sana (Thailand), mereka ialah mentor saya untuk terus berlatih bersungguh-sungguh.
“Justeru, saya harap perlawanan pada 23 hingga 25 November ini dapat memberikan peluang dan pengalaman menarik buat diri saya,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 23 2023
Nawib Ullah Bakshi. - Foto Sinar Harian
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.