Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi antara tiga pemain digugurkan Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe menjelang dua aksi getir di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan Thailand dan Indonesia dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Senarai 23 pemain skuad kebangsaan itu diumumkan Cheng Hoe dalam satu kenyataan media dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin.
Muhammad Shahrel Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan Eki, 25, yang meledak hatrik pertamanya bersama skuad kebangsaan ketika menewaskan Timor Leste 5-1 pada aksi kedua 'playoff' kelayakan Jun lepas, digugurkan bersama pemain sayap Muhammad Farhan Roslan dan Nazirul Naim Che Hashim (pertahanan).
Pengguguran Muhammad Shahrel itu menyaksikan Cheng Hoe mempertaruhkan penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha dan Muhammad Syafiq Ahmad dalam misi meraih enam mata penuh dalam dua pertembungan pada 14 dan 19 Nov ini.
"Eki (Muhammad Shahrel) mengalami kecederaan agak lama dan kita perlukan pemain yang mempunyai tahap kecergasan 100 peratus jadi sebab itu beliau tidak disenaraikan dan Nazirul pula kerana kita ada Syazwan (Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak) di posisi itu.
Farhan mempunyai potensi dan masa depan yang cerah bersama skuad kebangsaan tetapi dalam masa singkat bukan mudah untuk dia sesuaikan diri dengan corak permainan pasukan," kata Cheng Hoe ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM di sini, pada Isnin.
Malaysia kini mengumpul tiga mata dan menduduki tempat keempat dalam Kumpulan G, dibezakan empat mata dengan pendahulu Thailand yang berkongsi mata dengan Vietnam.
Malaysia melakar kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Jakarta pada September lepas, sebelum tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tumpas 0-1 di tangan Vietnam di Hanoi, bulan lepas.
Berikut adalah senarai 23 pemain dipilih Cheng Hoe bagi dua aksi berdepan Thailand dan Indonesia:
Penjaga gol: Mohd Farizal Marlias; Muhammad Haziq Nadzli; Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Pertahanan: Adam Nor Azlin; Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak; La'vere Corbin-Ong; Matthew Davies; Shahrul Mohd Saad; Muhammad Syahmi Safari; Dominic Tan Jun Jin
Tengah: Mohamed Syamer Kutty Abba; Mohd Afiq Fazail; Muhamad Nor Azam Abdul Azih; Brendan Gan; Baddrol Bakhtiar; Muhammad Danial Amier Norhisham; Mohd Azzizan Nordin
Sayap: Muhammad Safawi Rasid; Muhammad Akhyar Abdul Rashid; Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak; Mohamadou Sumareh
Penyerang: Muhammad Syafiq Ahmad; Norshahrul Idlan Talaha;
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 11 2019

Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi antara tiga pemain digugurkan Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.