Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam perkembangan industri e-sukan yang dilihat mempunyai potensi besar di peringkat global, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata e-sukan telah pun mendapat pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Asia dan akan dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Asia pada tahun 2022 nanti.
Menurut Khairy lagi, kejohanan e-sukan di peringkat negara juga bakal diadakan pada Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun depan di Perak.
“Pada tahun 2015 ketika pasukan Orange memenangi tempat ketiga dalam kejohanan The International (Dota2). Saya berjumpa mereka di pejabat dengan menghadiahkan tracksuit harimau Team Malaysia.
“Ini menandakan permulaan pengiktirafan Kementerian terhadap industri e-sukan,” tambah Khairy dalam satu kenyataan, semalam.
Khairy juga berharap orang ramai dapat memberi sokongan kepada mereka yang mewakili negara pada kejohanan-kejohanan akan datang.
“Malaysia mempunyai pemain profesional yang telah menempah nama di persada dunia seperti MidOne, Ah-fu, Mushi dan NaNa (Dota2), Veki (League of Legends) aimannn (CS: GO) dan AmTuah and Shige (FIFA) and serta Chuan dalam Street Fighter V," tambah Khairy.
Sudah tentunya, ramai pemain profesional dan peminat e-sukan negara menyambut baik pengumuman Khairy dalam mengiktiraf dan memartabatkan industri e-sukan.
Sebelum ini, Khairy turut mengumumkan Majlis Sukan Negara bakal membentuk satu unit yang memberi fokus kepada pembangunan e-sukan sebagai persiapan menjelang kejohanan Asia 2022 yang akan berlangsung di Hangzhou, China.
Mariah Ahmad
Thu Dec 14 2017

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bersama pasukan Orange pada tahun 2015. Orange memenangi tempat ketiga dalam kejohanan The International (Dota 2) pada tahun tersebut. - Foto Facebook / Khairy Jamaluddin
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

E-sukan: Malaysia tidak boleh ketinggalan - Khairy
Khairy juga berharap orang ramai memberi sokongan kepada mereka yang bakal mewakili negara dalam kejohanan e-sukan.