Perak tekad memastikan kemarau 15 tahun tanpa trofi Piala FA akan berakhir apabila bertemu Kedah buat pertama kali di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam esok.
Tanpa gelaran juara Piala FA sepanjang karier sebagai pemain dan jurulatih, kini ketua jurulatih skuad 'The Bos Gaurus', Mehmet Durakovic, memasang tekad untuk menamatkan penantian dengan membawa pulang piala tersebut.
Jurulatih berusia 53 tahun, yang pernah beraksi dalam 82 perlawanan bersama Selangor dari 1995 hingga 1998 dan kemudian menjadi jurulatih selama dua tahun dengan skuad tersebut pada 2013, yakin anak buahnya dapat mengatasi Kedah susulan latihan intensif sejak beberapa minggu lalu.
"Sudah 15 tahun Perak tidak menang Piala FA sejak 2004 dan saya gembira dengan tahap persediaan yang dilakukan serta kita dapat menampilkan persembahan yang menarik untuk semua," katanya pada sidang media praperlawanan di stadium berkenaan hari ini.
Beliau berkata beberapa pemain mengalami kecederaan ringan serta pemain tengah D. Kenny Pallraj tidak dapat diturunkan selepas mengutip tiga kad kuning pada tiga perlawanan Liga Super sebelum ini.
Bagaimanapun, Durakovic memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak mengambil mudah skuad Kedah selepas benteng pertahanan meloloskan beberapa gol pada perlawanan Liga Super sebelum ini.
Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak turut yakin pengganti pemain import Renan Alves, yang menjalani hukuman gantung satu perlawanan, akan menampil persembahan terbaik bagi memburu jaringan.
"Persediaan kami berjalan lancar tetapi perlu mengakui kehilangan Alves di pentas final turut terasa namun perlu menghormati hukuman penggantungan yang dihadapinya," katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau terlalu yakin anak buahnya akan mempamerkan persembahan terbaik masing-masing, sambil mengakui perlawanan di pentas final adalah berbeza walaupun Kedah mengalahkan Perak 4-2 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, 13 Julai lalu.
Sebagai rekod, Kedah memenangi Piala FA sebanyak empat kali iaitu pada 1996, 2007, 2008 dan 2017 manakala Perak dua kali iaitu pada 1990 dan 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2019
Ketua Jurulatih Perak Mehmet Durakovic (kiri) bersama Kapten Pasukan Perak, Shahrul Saad (kanan) ketika sidang media perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Tuchel sah jurulatih baharu England
Menurut Persatuan Bolasepak (FA) jurulatih berusia 51 tahun itu bakal memulakan tugas pada 1 Januari 2025.
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.
Anak datang stadium kerana sangka Nidzam akan dipecat
Kejayaan Selangor FC mara ke final Piala FA 2024/2025 dengan menyingkirkan Terengganu FC menerusi agregat 6-4, dapat mengukuhkan semula keyakinan peminat Gergasi Merah terhadap pengendali skuad itu.
Terlalu banyak tekanan pada Pau Marti mampu ancam legasi Kim Pan-gon
Faktor masa merupakan aspek penting sebelum melakar sesuatu keputusan yang positif.
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
KOM cari ketua jurulatih bagi enam disiplin, atlet bersara boleh mohon
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang mencari ketua jurulatih bagi enam disiplin bagi memperkuat struktur kejurulatihan badan induk itu.
BAM sedia bantu Jin Wei - Michelle
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia memberikan bantuan diperlukan oleh pemain profesional wanita negara Goh Jin Wei dalam persiapannya menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
Jun Hoong sedia jadi jurulatih
Namun, buat masa ini, beliau belum mempertimbangkan perkara itu secara serius kerana fokusnya adalah untuk menamatkan pengajian di IPT.