Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang masuk hari ketujuh hari ini, menyaksikan dua rekod baharu kebangsaan diperbaharui dalam acara memanah.
Selain rekod kebangsaan, sebanyak 10 rekod Sukma turut diperbaharui melalui acara menembak, memanah dan renang.
Hari kedua acara memanah yang berlangsung di Padang Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan di sini, menyaksikan rekod baharu dicipta menerusi Farah Amalina Azhar dari Kedah dalam acara 30m recurve wanita serta M. Khambeswaran dari Pulau Pinang dalam acara 30m compound lelaki.
Dalam acara 30m recurve wanita, Farah Amalina yang mengumpul 350 mata memperbaharui rekod 349 milik Nurul Shafiqah Hashim, yang dilakukan pada Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Lumut pada 2012.
Sementara Khambeswaran pula berjaya mengawal rasa gementarnya untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap bidikan yang dilakukan.
Beliau berjaya membidik 360 mata untuk mengatasi rekod kebangsaan berusia lapan tahun milik Lang Hong Keong iaitu 359 mata, yang direkodkan pada Grand Prix Asia.
Sebanyak 35 pingat emas menjadi taruhan pada hari kelapan Sukma Sarawak esok, dengan acara olahraga, yang membuka saingan di Stadium Sarawak menawarkan lapan pingat emas.
Sementara itu, kontinjen tuan rumah terus menerajui carta pungutan pingat dengan 30 pingat emas, 18 perak dan 25 gangsa.
Kontinjen Selangor di tempat kedua dengan 23 emas, 36 perak dan 27 gangsa manakala juara bertahan, Wilayah Persekutuan di tangga ketiga dengan 19 emas, 23 perak dan 19 gangsa.
Bernama
Tue Jul 26 2016

Pemanah Kedah Farah Amalina Azhar ceria bersama kertas sasaran setelah memecahkan rekod kebangsaan Recurve 30 meter dengan 350 mata bidikan sempena Sukma ke-18 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Dua rekod kebangsaan, 10 rekod kejohanan warnai hari ketujuh Sukma Sarawak
Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang masuk hari ketujuh hari ini, menyaksikan dua rekod baharu kebangsaan diperbaharui dalam acara memanah.