KUALA LUMPUR: Hasrat Penang FC untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang malam ini.
Tuan rumah dilihat mengawal permainan pada babak pertama perlawanan menerusi beberapa percubaan membolosi pintu gawang pasukan lawan namun gagal menghasilkan sebarang jaringan.
Terengganu FC hampir mengejutkan pasukan tuan rumah pada minit ke-38 apabila pemain tengah Manual Gelito Ott berjaya merembat masuk gol namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid.
Bersambung di babak kedua, anak kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus menggandakan serangan hampir berjaya meletakkan tuan rumah di depan tetapi jaringan Mohammad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-68 pula dibatalkan pengadil selepas semakan dibuat menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).
Cubaan pada minit akhir Penang FC untuk mendapatkan gol gagal dan keputusan kekal seri tanpa jaringan hingga tamat wisel perlawanan sekali gus membolehkan kedua-dua pasukan sekadar mengutip satu mata.
Di Kuching, tuan rumah Kuching City FC gagal mengutip mata penuh pertama musim ini apabila seri 2-2 dengan Sri Pahang di Stadium Negeri.
Sejak dari awal permainan, anak buah kendalian Aidil Sharin mengatur serangan bertali arus tanpa henti sebelum penyerang utama Tchetche Kipre memanfaatkan peluang menerusi situasi kelam-kabut dalam kotak penalti untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-18.
Sebelum tamat separuh masa pertama, bekas penyerang Terengganu, Jordan Mintah, tenang menanduk bola hantaran lintang pemain sayap untuk Kuching City selesa berada di depan 2-0 selepas 45 minit pertama.
Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah yang agresif bagaimanapun gagal mengekalkan kelebihan apabila Sri Pahang merapatkan jurang selepas Adam Nor Azlin meledak jaringan pada minit ke-63.
Jaringan berkenaan nyata memberi tonik kepada pemain import Sri Pahang, Manuel Federico Hidalgo Gasparini bagi mencetak gol penyamaan pada minit ke-76 dan keputusan kekal hingga tamat permainan.
Keputusan kedua perlawanan malam ini menyaksikan Sri Pahang kekal di tangga keempat dengan empat mata keseluruhan di belakang Sabah FC manakala Terengganu menduduki tangga kedua dengan kelebihan jaringan dengan jumlah mata yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Penjaga gol Penang FC Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman menyelamatkan bola dari memasuki gawang gol semasa bertemu pasukan Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya hari ini. - Gambar Bernama
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam nahas Jeju Air 7C2216.
Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat
CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap Yoon Suk Yeol, langkah yang belum pernah dilakukan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.
Dua anggota tentera mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak
Mahadi dan Muhamad Aizat Hakim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
UK gesa siasatan nahas pesawat Azerbaijan Airlines susulan permohonan maaf Putin
United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman.
Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo memaklumkan Kerajaan akan menggerakkan segala sumber dalam memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
Jeju Air mohon maaf, akan beri kerjasama lengkapkan siasatan
Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
[TERKINI] Perkembangan banjir di Kelantan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari memberikan perkembangan terkini situasi banjir yang kembali melanda beberapa kawasan di Kelantan.
Harimau Malaya sekadar kongsi mata dengan Kemboja
Malaysia memulakan kempen Piala ASEAN 2024 dengan kurang meyakinkan apabila sekadar meraih keputusan seri 2-2 dengan Kemboja pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh.
Dua gol Penang FC batal, akur seri 0-0 dengan Terengganu
Hasrat Penang FC untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.
Pan Gon puji semangat kental Harimau Malaya peroleh keputusan seri dengan China
Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon kagum dengan kesungguhan dan semangat kental anak buahnya selepas Malaysia hampir mengejutkan pasukan ranking ke-80 dunia, China apabila seri 1-1 pada perlaw
Liga Super: Melaka United ikat JDT
Melaka United FC berjaya mengikat pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-1 dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam ini.
Piala AFF: Singapura ikat Indonesia 1-1
Juara empat kali Singapura bangkit menyamakan kedudukan untuk mengikat Indonesia 1-1 pada saingan separuh akhir pertama perlawanan bola sepak Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam ini.
EPL: Arsenal sekadar seri menentang Fulham
Memasuki babak kedua, Fulham berjaya meledak satu penalti pada minit ke-59.
Perak-JDT berkongsi mata di Ipoh
Perak gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila seri 2-2 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.
Mora lontar komen pedas: Selangor main macam final Piala Dunia
Benjamin Mora mengakui sudah menjangkakan kebangkitan Selangor FC dalam menjelmakan persembahan terbaik ketika berdepan pasukannya berbanding tiga aksi sebelum ini.
UCL: Chelsea - Sevilla seri tanpa jaringan
Turun dengan reputasi sebagai juara Liga Europa musim lalu, Sevilla beraksi selesa di Stamford Bridge.