KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon kagum dengan kesungguhan dan semangat kental anak buahnya selepas Malaysia hampir mengejutkan pasukan ranking ke-80 dunia, China apabila seri 1-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, semalam.
Jurulatih Korea Selatan berusia 54 tahun itu juga berpuas hati dengan prestasi pemainnya dan menganggap keputusan seri itu sudah cukup baik untuk pasukan.
"Ia adalah perlawanan yang sangat bagus menentang pasukan China yang lebih kuat dan berada di peringkat tinggi, kami juga banyak belajar daripada perlawanan ini. Saya sangat berbangga dengan semua pemain, apa yang mereka lakukan malam ini (malam tadi) sungguh membanggakan rakyat Malaysia (dan) ia harus dihormati.
"Sebagai jurulatih, saya tiada aduan, apa yang mereka lakukan adalah hebat. Bagi pasukan kami, ia adalah keputusan yang sangat baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Phoenix Hill di Chengdu.
Ketika ditanya mengenai perkembangan positif pasukan, Pan Gon berkata perubahan dalam kaedah taktikal bertujuan agar pemain menjadi lebih proaktif, dapat mengawal permainan selain tidak gentar sekali gus merupakan satu daripada elemen yang memberi impak kepada peningkatan prestasi.
Beliau berkata keazaman untuk berjuang demi negara dan sikap saling mempercayai antara pemain serta jurulatih, turut membantu dalam peningkatkan prestasi pasukan.
"Menang atau kalah itu tidak penting, prestasi kami adalah yang paling penting. Sasaran kita sudah ada, kita cuba mencipta satu lagi sejarah untuk berusaha berada pada ranking lebih tinggi pada masa hadapan," katanya.
Pada perlawanan malam tadi, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim meletakkan Malaysia di hadapan seawal minit ke-11 sebelum Lin Liangming menyamakan kedudukan untuk China pada minit ke-36.
Keputusan itu menyaksikan Skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-136 dunia, berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan tahun ini, selepas mencatat empat kemenangan dan satu seri sejak Mac lepas.
Sementara itu, Mohamad Faisal gembira dapat memberikan sumbangan kepada pasukan selepas melalui episod penggantungan selama sebulan dalam kempen Liga Malaysia baru-baru ini.
"Selepas digantung sebulan tidak beraksi, ini rezeki yang Allah beri...saya berterima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan, perlawanan malam ini (malam tadi) adalah untuk rakyat Malaysia, saya harap dalam perlawanan selepas ini kami lebih berjaya dan garang," kata pemain pemain Selangor FC berusia 25 tahun itu.
Skuad Harimau Malaya akan beraksi pada Pestabola Merdeka 2023 bersama India, Tajikistan dan Palestin dari 13 hingga 17 Okt sebelum memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 pada November dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Jurulatih Korea Selatan berusia 54 tahun itu juga berpuas hati dengan prestasi pemainnya dan menganggap keputusan seri itu sudah cukup baik untuk pasukan. - Foto fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.

Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.