"MEREKA datang ke sini untuk bermain final Piala Dunia".
Demikian ulas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, yang mengakui sudah menjangkakan kebangkitan Selangor FC dalam menjelmakan persembahan terbaik ketika berdepan pasukannya berbanding tiga aksi yang diperagakan sebelum ini.
JDT berkongsi satu mata dengan Selangor biarpun beroleh dua sepakan penalti apabila terikat 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Rabu malam.
"Mereka ke mari macam bermain untuk perlawanan akhir Piala Dunia. Kalau mereka seri dengan JDT, ia dianggap satu kejayaan musim ini.
"Tidak mengapa, kami sedia berdepan cabaran dan mereka berikan saingan.
"Mereka kerap terjatuh, banyak kali membuang masa. Saya tidak fikir mereka beraksi dengan baik cuma mereka melakukan apa yang perlu untuk memenangi perlawanan ini.
"Ini adalah normal, mereka menggunakan sumber yang ada tetapi kami akan bertembung lagi tahun ini.
"Kami sudah menjangkakan mereka hadir ke sini dengan beri tekanan, agresif dan melakukan apa yang telah dilakukan.
"Inilah bola sepak, bila-bila pun ia boleh terjadi," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
BACA: Liga Super: Selangor rentap ego JDT
Tanggapan itu bagaimanapun pantas disangkal pengendali Gergasi Merah, Karsten Neitzel, sambil menegaskan keputusan itu bukanlah satu kemenangan buat mereka.
"Kami beraksi baik ketika bertemu Sri Pahang.
"Saya tidak mahu katakan ia satu persembahan yang terbaik (malam ini) tetapi ia satu mentaliti yang sangat bagus.
"Pemain mempamerkan keyakinan terhadap tindakan mereka.
"Selangor ada memiliki tuah, begitu juga JDT jadi keputusan 1-1 ini tidak dianggap sebagai satu kemenangan buat kami," kata jurulatih kelahiran Jerman itu.
Astro Arena
Thu Mar 18 2021
MORA: Saya tidak fikir mereka beraksi dengan baik cuma mereka melakukan apa yang perlu untuk memenangi perlawanan ini. - Astro ARENA
UK gesa siasatan nahas pesawat Azerbaijan Airlines susulan permohonan maaf Putin
United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman.
Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo memaklumkan Kerajaan akan menggerakkan segala sumber dalam memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
Jeju Air mohon maaf, akan beri kerjasama lengkapkan siasatan
Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
[TERKINI] Perkembangan banjir di Kelantan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari memberikan perkembangan terkini situasi banjir yang kembali melanda beberapa kawasan di Kelantan.
Kemaman dijangka kembali banjir susulan hujan lebat berterusan
Kawasan dijangka terjejas akibat hujan tahap buruk itu ialah Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Tebak Batu 16 dan Jambatan Air putih.
Nahas Jeju Air: Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Park selaku Menteri bertanggungjawab memantau hal ehwal penerbangan memohon maaf serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Pelarasan Cuti: Impak positif kepada pelbagai sektor di Johor
Astro AWANI meninjau pandangan dalam kalangan warga Johor mengenai pelasaran cuti hujung minggu kepada Sabtu Ahad bermula 1 Januari 2025 ini.
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Dua anggota tentera didakwa rogol kanak-kanak
Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, April tahun lalu.
Nahas Jeju Air, tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti selepas sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad.
Pergaduhan di stesen LRT: Beberapa individu lain akan ditahan - Polis
Polis akan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tunku Mahkota Ismail sahkah Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.
2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Anggota skuad Piala Dunia England 1966, George Eastham meninggal dunia
Pemain sayap itu merupakan sebahagian skuad bimbingan Sir Alf Ramsey yang menjulang Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah England.
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mencatat gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.
Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan
India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.
Piala ASEAN: Malaysia berdepan aksi ‘hidup mati’ menentang Singapura untuk mara ke separuh akhir
Ia selepas aksi Kumpulan A malam ini menyaksikan Thailand berjaya bangkit menumpaskan Singapura 4-2.
Skuad B-13 JDT terlepas tiket final Festival Bolasepak Antarabangsa JSE
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) B-13 akan turun merebut penentuan tempat ketiga Festival Bolasepak Antarabangsa JSE, Thailand, hari ini.