Dua atlet Terengganu yang beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak, September lepas, dikesan positif ujian doping, dedah Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu.
Beliau yang kesal dengan isu tersebut, berkata atlet terlibat masing-masing seorang lelaki dan wanita, sekali gus menyebabkan kontinjen Terengganu kehilangan satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti atlet berkenaan menyerahkan isu itu kepada badan siasatan dan keputusan dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu.
"Namun satu pingat emas dan satu gangsa diperoleh kembali apabila ada atlet negeri lain terlibat sama dalam isu doping dan secara automatiknya atlet Terengganu yang memperoleh pingat perak dan tempat keempat mendapat emas dan gangsa.
"Kita takkan dedahkan lagi nama (atlet) sebab kita masih dalam siasatan untuk nak memastikan di mana puncanya. Sebab sebelum kita pergi ke Sukma kita telah ingatkan atlet dan jurulatih kita supaya hindari daripada bahan-bahan terlarang.
"Malah, dalam kem latihan kita yang terakhir pun kita panggil pegawai daripada ADAMAS (Agensi Antidoping Malaysia) untuk beri taklimat mengenai isu bahan-bahan yang terlibat dengan doping. Jadi ini yang dalam perhatian kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Sukma 2018 oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini malam tadi.
Sebelum ini, akhbar melaporkan dua atlet angkat berat yang beraksi pada Sukma 2018 di Perak, bulan lalu, didapati terlibat dalam kontroversi penyalahgunaan bahan terlarang dan disahkan gagal ujian doping.
Pendedahan itu disahkan Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018

Sebelum ini, dua atlet angkat berat yang beraksi pada Sukma Perak bulan lalu dilaporkan terlibat dalam kontroversi penyalahgunaan bahan terlarang dan disahkan gagal ujian doping. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Dua atlet Sukma Terengganu turut positif ujian doping - MSNT
Atlet terlibat masing-masing seorang lelaki dan wanita, sekali gus menyebabkan kontinjen Terengganu kehilangan satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.