Satu drama kecil tercetus ketika ketua jurulatih T-Team menerima salinan surat supaya 'berehat' ketika sesi latihan pasukannya di sini petang Selasa.
Yang menjadi mangsa dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu di Gong Badak ialah jurugambar sambilan akhbar New Straits Times, Tengku Syamim Tengku Ismail, 21, yang mahu mengambil gambar sesi latihan itu.
Butler yang juga pengurus pasukan T-Team berulang kali menghalau sambil menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'bodoh' terhadap Tengku Syamim.
Jurulatih berbangsa Inggeris itu sebelum itu menerima surat tersebut daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong.
Tidak habis dengan tindakan Butler, pemain import George Boateng turut campur tangan dengan bertindak menghalag dan merampas kamera Tengku Syamim sehingga beliau mengalami luka ringan.
"Saya enggan melepaskan kamera saya kerana takut akan dirosakkan oleh Boateng dan saya terpaksa menahan kesakitan apabila tangan saya dipulas dan dicakar pula dengan kukunya.
"Akhirnya saya berjaya mempertahankan kamera saya namun saya memang terkejut dengan tindakan pemain tersebut yang saya sangka tidak terlibat dengan jurulatih yang sedang bercakap dengan pegawai pasukan Titans," kata Tengku Syamim kepada pemberita.
Beliau yang tidak menjangka tindakan liar Butler dan Boateng berkata beliau sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kerana tidak mahu perkara seperti itu berulang kepada wartawan atau jurugambar lain di masa hadapan.
Beliau turut berharap pihak pengurusan T-Team mengambil tindakan sewajarnya ke atas jurulatih dan pemain itu kerana tindakan liar mereka terhadap petugas media yang cuma melakukan tugas mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh turut kesal dengan kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan.
"Kami akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terbukti jurulatih dan pemain kami melakukan kesalahan di padang latihan hari ini.
"Kami akan mendapatkan keterangan daripada semua yang berada di tempat kejadian sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil," katanya.
Ab Rasid menjelaskan surat itu yang bertujuan untuk merehatkan Butler selama 30 hari yang berkuat kuasa hari ini dihantar kepada jurulatih itu melalui pos berdaftar.
"Pegawai kami berada di padang latihan untuk menyerahkan salinan surat tersebut kepada Butler dan kami tidak menyangka ianya berakhir dengan ketegangan.
"Surat itu mengandungi arahan supaya Butler berehat dan tidak mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan pasukan," katanya.
Namun menurutnya Butler akan tetap menerima imbuhan gaji dan elaun bulanan lain sementara beliau berehat dan tugasannya sebagai ketua jurulatih akan diambil sementara oleh penolong jurulatih, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor.
"Keputusan merehatkan Butler diluluskan oleh lembaga pengarah pasukan memandangkan T-Team berada di zon penyingkiran selepas tamatnya pusingan pertama Liga Super.
"Kami harap tindakan merehatkan Butler dan pengambilan pemain import baru dalam masa terdekat ini dapat membantu pasukan mencari kemenangan apabila bertandang ke Kuantan Sabtu ini untuk bertemu Pahang," katanya
Bernama
Tue Apr 09 2013
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.