LONDON: Bintang tenis Novak Djokovic berkemungkinan terlepas peluang untuk menyertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi COVID-19 kepada warga asing.
Walaupun peraturan COVID-19 telah dilonggarkan atau ditarik balik di kebanyakan negara, namun bukti vaksinasi masih diperlukan untuk memasuki AS, sehingga sekurang-kurangnya 10 April, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Indian Wells dan Miami Open Masters ialah dua daripada kejohanan paling berprestij di luar kalendar grand slam yang masing-masing bermula pada 6 Mac dan 20 Mac.
Djokovic yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum ini pernah dilarang memasuki Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Novak Djokovic berkemungkinan terlepas peluang untuk menyertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat mengenakan syarat bukti vaksinasi COVID-19 kepada warga asing. - Gambar fail/REUTERS

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bintang tenis Angelique Kerber tamatkan kerjaya selepas Olimpik 2024
Bintang tenis Jerman Angelique Kerber, akan menamatkan kerjaya profesionalnya selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris, menurut hantarannya di Instagram, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Djokovic mungkin terlepas peluang sertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters
Ia selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi COVID-19 kepada warga asing.