Diawara dilaporkan tidak selesa dengan peraturan baharu itu yang dikenakan kepada pasukan bawah 16 tahun hingga ke pasukan senior.
Dia memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan pulang ke kelabnya, Lyon.
FFF telah mengesahkan kembalinya Diawara ke kelabnya dan telah memanggil Dehmaine Tabibou Assoumani dari Nantes sebagai penggantinya.
Peraturan baharu FFF menyatakan pemain yang dipanggil oleh pasukan kebangsaan Perancis tidak boleh berpuasa sepanjang tempoh Ramadan, sebaliknya menegaskan pemain perlu mengikuti perancangan organisasi dan operasi pasukan.
"Sesetengah pemain tidak berpuas hati dengan keputusan ini.
"Mereka percaya bahawa agama mereka tidak dihormati dan mereka juga tidak dihormati.
"Ada yang tidak mahu menimbulkan kekecohan tetapi Mahamadou tidak berpuas hati dengan peraturan itu dan meninggalkan pasukan," kata seorang ejen yang mewakili beberapa pemain dalam beberapa pasukan belia dan senior Perancis kepada ESPN. - Sinar Harian