PHNOM PENH: Bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita negara Muhammad Dharma Raj Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan kewarganegaraan Indonesia bagi meneruskan usaha membangun dan memajukan pasukan kebangsaan lelaki dan wanita republik itu.
Pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia merangkap pengendali kedua-dua skuad hoki dalam dewan serta padang lelaki dan wanita negara itu berkata, tawaran tersebut dibuat Federasi Hoki Indonesia sebelum Sukan SEA 2023 di sini bermula.
Menurut Muhammad Dharma yang lebih mesra disapa Dharma Raj, tawaran menjadi warganegara Indonesia itu sedang dinilai daripada pelbagai sudut secara teliti, memandangkan ia melibatkan beberapa keputusan penting seperti melepaskan status kerakyatan Malaysia.
"Melepaskan kerakyatan Malaysia adalah salah satu yang harus difikirkan sebaik-baiknya, kalau saya memilih menjadi warganegara Indonesia saya perlu lepaskan taraf kerakyatan Malaysia.
"Sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada keluarga, tetapi isteri dan anak saya tak nak jadi (warganegara Indonesia), mereka ingin kekal tinggal di Malaysia, tetapi Malaysia ke Indonesia hanya dua jam menaiki pesawat," kata jurulatih berusia 53 tahun itu kepada Bernama, di sini.
Dharma Raj berkata rasa cinta terhadap keluarga hoki Indonesia yang menerimanya selepas kontrak bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tamat pada Disember 2019, mendorong beliau mempertimbangkan tawaran yang diberi.
Beliau memutuskan untuk tidak memohon kembali jawatan sebagai jurulatih skuad hoki wanita negara kerana berasa seperti diaibkan susulan terdapat dakwaan dirinya berpaling tadah terhadap KHM.
Katanya beliau bekerja keras membalas kepercayaan yang diberi Konfederasi Hoki Indonesia untuk membangun dan memajukan hoki negara jiran itu kerana mahu melupakan rasa kecewa terhadap layanan yang diterima selepas lebih 10 tahun menabur bakti kepada skuad kebangsaan.
"Pasukan hoki wilayah Jawa Barat merupakan pasukan pertama saya di sana (Indonesia) dan skuad dalam dewan lelaki dan wanita kami menang emas kejohanan seumpama Sukan Malaysia. Sekarang, pasukan kebangsaan Indonesia dibarisi separuh pemain daripada wilayah itu.
"Saya bukan mahu meninggi diri tetapi rasa hormat yang diberikan keluarga hoki Indonesia kepada saya seperti raja, orang tidak mencari masalah dengan saya di sana," katanya.
Dharma Raj dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia dengan kontrak hingga Disember 2025 pada Mac 2021 selepas 10 bulan memegang jawatan pengarah teknikal hoki Wilayah Jawa Barat.
Prestasi hoki Indonesia menunjukkan peningkatan mendadak sejak kehadiran Dharma Raj dan yang terbaharu beliau membawa pasukan dalam dewan lelaki republik itu mencipta sejarah merangkul emas sulung di Sukan SEA di sini, dengan menewaskan Malaysia di final.
Sebelum itu, pasukan hoki dalam dewan lelaki dan wanita Indonesia menamatkan saingan Piala Asia 2022 masing-masing di kedudukan keempat dan naib juara, manakala skuad hoki padang lelaki dan wanita Indonesia pula akan beraksi di Sukan Asia 2023.
Bersama Malaysia pula, antara kejayaan diraih Dharma Raj bersama Malaysian Tigress ialah merangkul pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selain mencipta sejarah muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia dan menduduki tempat kelima pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.
Beliau juga pernah membawa pasukan hoki remaja lelaki kebangsaan meraih tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023

Muhammad Dharma Raj Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan kewarganegaraan Indonesia bagi meneruskan usaha membangun dan memajukan pasukan kebangsaan lelaki dan wanita republik itu. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dharma Raj ditawar kerakyatan Indonesia
Bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita negara Muhammad Dharma Raj Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan kewarganegaraan Indonesia.
Dharma: Jangan lupa diri dengan gaji lumayan
Ketua jurulatih Skuad Projek 2013, Muhammad Dharma Raj Abdullah menasihatkan penyerang negara Faisal Saari tidak lupa diri dengan gaji lumayan dalam saingan Liga Hoki India.