KUALA LUMPUR:Prestasi cemerlang beberapa pemain remaja kebangsaan pada pusingan akhir Kejohanan 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan di Akademi Bukit Kiara dari 18-21 Nov di sini mendapat pujian daripada Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.
Beliau jelas berpuas hati dengan prestasi beberapa pemain remaja kebangsaan seperti perseorangan lelaki, Justin Hoh serta beregu lelaki, Wan Muhd Haikal Nazri dan Wan Muhd Arif Wan Junaidi yang mempamerkan prestasi terbaik pada kejohanan berkenaan.
Choong Hann, bagaimanapun, mengingatkan barisan pemain remaja dan pelapis kebangsaan supaya terus meningkatkan prestasi masing-masing dan tidak berada pada zon selesa.
"Kita tidak tahu potensi sehingga kita berdepan lawan yang lebih kuat. Tiada had untuk perkembangan potensi dan masih banyak yang boleh dipertingkatkan dan antaranya keadaan fizikal dan kekuatan otot yang memerlukan pelan jangka masa panjang," katanya dalam kenyataan dikeluarkan BAM semalam.
Beliau menegaskan barisan kejurulatihan akan terus memberi ruang kepada pemain pelapis yang kurang menyerlah pada saingan kali ini untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
Berkongsi pandangan sama adalah Pengarah Pembangunan Remaja BAM Datuk Misbun Sidek yang berpuas hati dengan peningkatan prestasi yang ditampilkan barisan pemainnya pada pertandingan kali ini.
Misbun mengakui masih terdapat jurang ketara dari segi corak permainan antara perseorangan dan beregu wanita, berbanding beregu lelaki yang mempamerkan peningkatan positif.
"Ini petanda potensi ini memang boleh dibentuk dan dibawa ke peringkat seterusnya. Mungkin pada tahun hadapan kita akan lihat di mana tahap mereka selepas beberapa bulan menjalani latihan," jelas Misbun.
Pada aksi hari terakhir kejohanan itu semalam, pemain dalam proses percubaan, Lee Shun Yang mencipta kejutan dengan mengungguli kategori perseorangan lelaki selepas mengatasi pemain pelapis kebangsaan Wyman Goh Wai Yap menerusi kemenangan 21-13 dan 21-10.
Beliau berkongsi tiga mata dengan Goh dan Justin Hoh hasil tiga kemenangan daripada lima perlawanan, namun berada di tangga teratas menerusi kutipan mata yang lebih baik.
Beregu pelapis kebangsaan, Lwi Sheng Hao Lwi dan Yap Roy King dan pemain pelapis kebangsaan, Eoon Qi Xuan, pula muncul juara beregu lelaki dan perseorangan wanita selepas memenangi kesemua tiga perlawanan.
Gandingan Teoh Mei Xing dan Yap Ling pula mengungguli kategori beregu wanita menerusi tiga kemenangan.
Kejohanan berkenaan yang diadakan secara tertutup di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara sejak Khamis lalu, melibatkan penyertaan pemain remaja dan pelapis kebangsaan dalam empat kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

Wong Choong Hann, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC angkat kaki tidak benar - Kim Swee
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.

Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.

Dari Jiangsu ke Doha, tujuh pemain kekal galas cabaran Malaysia
Ahmad Syihan, Dominic, Matthew, Muhammad Safawi dan Muhammad Akhyar kini antara pemain utama Harimau Malaya sekali gus menjadi taruhan terbaik pasukan.

Masters Indonesia: Penganjur siasat punca keracunan pemain Malaysia, Thailand
Pemain terlibat telah dirawat di hospital yang tiada kaitan dengan jawatankuasa penganjur atau hotel rasmi kejohanan.

BAM akan struktur semula barisan jurulatih dan pemain - Presiden
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal melakukan penstrukturan semula barisan kejurulatihan dan pemain seawal minggu depan.

Kimmich terlepas latihan Bayern selepas jadi kontak rapat kes COVID-19
Kimmich tidak menyertai latihan semalam sebagai langkah pencegahan dan pasukan juara Bundesliga itu sedang menantikan keputusan ujian PCR.

Solskjaer gesa bintang Man United lengkapkan dua dos vaksin
Manchester United terpaksa membatalkan aksi persahabatan pramusim di Preston selepas dilaporkan sembilan orang dalam kalangan pemain dan staf jurulatih diuji positif COVID-19.

Wenger sokong cadangan Piala Dunia dianjur setiap dua tahun
Cadangan itu menggembirakan pihak penyiaran tetapi ditentang oleh liga dan kelab kerana bimbang pemain kehabisan tenaga.

Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.

Pemain Malaysia bebas gangguan psikologi bertemu UAE
Keyakinan itu disuarakan Cheng Hoe berdasarkan perbandingan barisan pemain negara yang kali ini tampak memiliki 'wow factor' untuk mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023.