KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal melakukan penstrukturan semula barisan kejurulatihan dan pemain seawal minggu depan.
Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata perubahan itu dilakukan susulan prestasi tidak menentu ditampilkan skuad badminton kebangsaan pada sembilan kejohanan terakhir bermula dengan Piala Sudirman di Vantaa, Finland, September lepas.
Mohamad Norza sebelum itu menerima kunjungan sulung isteri Perdana Menteri yang juga Penaung baharu BAM, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini.
Berhubung desakan sesetengah pihak yang mahu beliau mengundurkan diri susulan prestasi menghampakan dalam sembilan kejohanan terakhir itu, Mohamad Norza berikrar akan terus memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan itu selagi mendapat kepercayaan ahli jawatankuasa BAM.
"Saya sentiasa ada di sini selagi badan induk ini mahukan saya di sini...kami sebenarnya telah membuat kemajuan cuma cara tuntutan ramai orang tak sabar mahu pemain meningkatkan prestasi tetapi saya percaya kami akan memperbaikinya," katanya yang dipilih semula sebagai Presiden BAM buat penggal kedua dari 2021-2025, pada April lepas.
Mengenai rumusan persembahan pemain pada tahun ini, beliau berpendapat 2021 menyaksikan BAM mempertaruhkan barisan pemain muda selepas mereka menyelaras semula barisan pemain sehinggakan ada antara mereka yang berhijrah menjadi pemain profesional.
Namun, beliau berkata percaturan itu ternyata kurang memberi impak besar apabila pemain muda dilihat mempunyai masalah konsistensi dari segi mental dan ketahanan sehingga mengakibatkan mereka sukar untuk mencapai kejayaan membanggakan.
Sementara itu, beliau yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan fokus utama BAM tahun depan adalah menurunkan bakat baharu bagi menggalas cabaran negara pada kejohanan tahap tertinggi selepas beberapa kategori dilihat berdepan kekangan kekurangan pemain yang boleh beraksi di peringkat berkenaan.
Katanya, antara pemain berpotensi diberi kepercayaan adalah tiga pemain perseorangan remaja lelaki, Ng Tze Yong, Aidil Sholeh dan Leong Jun Hao; beregu muda lelaki, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri, serta lima perseorangan wanita yang dinaikkan pangkat ke skuad senior Oktober lepas seperti Joanne Ng dan Siti Nurshuhaini Azman.
Dalam pada itu, beliau berkata BAM akan menghantar skuad elit untuk membawa cabaran Malaysia di Piala Thomas dan Uber 2022 di Bangkok, dan dua temasya sukan besar tahun depan iaitu Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom dan Sukan Asia Hangzhou, China manakala pasukan pelapis diberi peluang mewakili negara pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021

Norza berkata perubahan itu dilakukan susulan prestasi tidak menentu ditampilkan skuad badminton kebangsaan pada sembilan kejohanan terakhir bermula dengan Piala Sudirman di Vantaa, Finland, September lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Rosman kembali sertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pelantikan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara.

BAM belum putuskan ketua jurulatih baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum memutuskan ketua jurulatih baharunya.

Malaysia Super 100: Masuk percuma, masa untuk sokong pemain pelapis - BAM
Persatuan Badminton Malaysia berharap kemasukan percuma ke Malaysia Super 100 2024 minggu depan akan merangsang kehadiran di Stadium Juara, Bukit Kiara.

BAM umum 13 pemain tinggalkan skuad kebangsaan, Pearly-Thinaah kekal beregu wanita
BAM merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain terbabit dan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara.

Tiada betul atau salah Sze Fei-Izzudin keluar BAM - Bekas atlet badminton negara
Menurut Chong Ming, tiada yang salah mahupun tiada yang betul mengenai keputusan mereka untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

BAM setuju lepaskan Sze Fei-Nur Izzudin 1 Sept
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk melepaskan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 1 Sept ini.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Norza letak jawatan Presiden BAM
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada badan induk itu.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

BAM kunci mulut keputusan Sze Fei-Izzuddin untuk bergerak secara profesional
BAM mengambil pendekatan kunci mulut berkenaan hasrat beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk meninggalkan badan induk itu.