Meskipun dilanda pelbagai konflik dan kecederaan, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham, dari 7 hingga 12 Mac ini.
Chong Wei berkata kejohanan berprestij itu kemungkinan adalah terakhir bagi dirinya dan beliau tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut untuk menyaingi pencabar lain biarpun baru pulih daripada kecederaan lutut.
Pemain nombor satu dunia itu yang menjuarai kejohanan itu sebanyak tiga kali bermula 2010, 2011 dan 2014 akan membuat penampilan pertamanya tahun ini selepas Kejohanan Siri Super Akhir Dubai, Disember lepas.
"Kemungkinan All England kali ini adalah yang terakhir...jadi saya akan memaksa diri saya untuk melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, hari ini.
Chong Wei disenaraikan sebagai pilihan utama dalam undian acara perseorangan lelaki pada kejohanan All England manakala pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebagai pemain pilihan kedua.
"Bagi diri saya paling penting adalah untuk mendapat semula suasana pertandingan di gelanggang kerana masih ada beberapa kejohanan penting selepas ini," katanya yang mengalami kecederaan ligamen lutut kiri akibat tergelincir ketika latihan di ABM pada 4 Feb lepas.
Mengenai kecederaanya, Chong Wei berkata walaupun tidak pulih seratus peratus tetapi beliau telah mendapat kebenaran daripada doktor, pakar fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN), Sandra Fiedler serta jurulatih untuk beraksi di All England kali ini.
"Masih ada rasa kesakitan. Masih ada rasa fobia (ketika latihan) tetapi saya yakin boleh atasi perasaan itu dan pemikiran saya perlu fokus untuk kecergasan diri sendiri.
"Sekarang ini persediaan mental perlu diberi penekanan," katanya.
BACA: BAM tubuh projek khas bantu Chong Wei raih gelaran dunia
BACA: Chong Wei pilihan utama kejohanan All England
Dalam saingan All England, Chong Wei dijangka tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain daripada pusingan kelayakan pada pusingan pertama, dan dijadual berdepan Wei Nan dari Hong Kong atau Wang Tzu Wei (Taiwan) pada pusingan kedua.
Sekiranya, berjaya melepasi dua pusingan itu, Chong Wei dijangka berdepan bintang baharu China, Tian Houwei di suku akhir sebelum menentang musuh utama, Chen Long dari China di separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017
![Chong Wei sah beraksi di All England Mac ini Chong Wei sah beraksi di All England Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41462014066_LeeChongWei.jpg)
Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham Mac ini. - Gambar fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733804733_KhairussalehRamli.jpg)
ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) menggariskan empat keutamaan strategik masa hadapan seiring 50 tahun penubuhannya.
![ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam' ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729681846_AminaOthmanABM.jpg)
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
![Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712047882_LeeZiiJia.jpg)
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.
![Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024 Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704467137_RexyMainaky.jpg)
Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
![Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704728108_LeeChongWeiChina.jpg)
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
![ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684803133_RexyMainaky.jpg)
ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy
Memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan.
![Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669050986_BadmintonAssociatio.jpg)
Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.
![Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676270129_RexyMainaky.jpg)
Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh
ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.
![Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691630033_JalaniSidek.jpg)
Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.
![Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682755867_LeeZiiJia.jpg)
Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih berdepan episod malang apabila kandas pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Korea 2023, hari ini.