Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei diletakkan selaku pilihan utama pada Kejohanan All England yang akan berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, England dari 7 hingga 12 Mac ini.
Menurut undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, Chong Wei berada dalam kedudukan selesa untuk merampas kejuaraan All England, dan dijangka mampu mara ke final bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark.
Dalam undian itu, Chong Wei dijangka tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain daripada pusingan kelayakan pada pusingan pertama, dan dijadual berdepan Wei Nan dari Hong Kong atau Wang Tzu Wei (Taiwan) pada pusingan kedua.
Sekiranya berjaya melepasi dua pusingan itu, menanti Chong Wei di suku akhir dijangka Tian Houwei (China) yang turun selaku pilihan ketujuh kejohanan.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016, Chen Long dari China, yang turun selaku pilihan kelima, kemungkinan besar berdepan Chong Wei di separuh akhir.
Sementara itu, Chong Wei masih tidak menyatakan pendirian sama ada mahu beraksi di kejohanan badminton tertua dunia itu atau sebaliknya kerana perlu menjalani pemulihan akibat kecederaan di bahagian lutut.
Beliau mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, 4 Feb lepas.
"Saya tidak tahu lagi sama ada boleh beraksi di All England ataupun tidak. Kecederaan saya semakin pulih, tetapi saya belum menjalani latihan di gelanggang. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya (All England)," katanya selepas menjalani pemulihan kecederaan di ABM, Bukit Kiara di sini hari ini.
Media tempatan hari ini, melaporkan jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan yakin Chong Wei mampu pulih daripada kecederaan sebelum saingan All England, bulan depan.
Namun, keputusan itu akan ditentukan pada saat akhir memandangkan banyak faktor perlu diambil kira terutama tahap kecergasan Chong Wei.
Hendrawan berkata pemain nombor satu dunia itu dijangka kembali menjalani latihan minggu ini.
Sebelum ini, Chong Wei dilaporkan memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih daripada kecederaan.
Chong Wei pernah menjuarai All England pada 2010, 2011 dan 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei diletakkan selaku pilihan utama pada Kejohanan All England dari 7 hingga 12 Mac ini. - Gambar fail

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Soon Huat-Shevon kini nombor tiga dunia
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon yang memburu kejuaraan pertama musim ini.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.

Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia
Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025
Kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.