KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei meminta bekas jaguh badminton Indonesia Taufik Hidayat, untuk menghubungi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan pemilihan beliau dalam Hall of Fame 2023 BWF baru-baru ini.
Bercakap kepada Bernama bekas pemain nombor satu dunia itu mengakui, tidak gembira dan terkejut dengan kenyataan Taufik, yang seakan tidak bersetuju tentang pemilihan itu sedangkan ia diputuskan sendiri pihak BWF dan bukannya atas permintaan beliau.
Beliau berkata komen dilontarkan Taufik yang disifatkan sebagai rakan baik sewaktu zaman kegemilangannya itu, seakan menyerang beliau selepas menerima pengiktirafan tersebut.
"Bukan saya yang minta BWF senaraikan saya dan bukan saya yang tulis surat kepada BWF, saya sendiri sebelum ini tidak tahu pemilihan ini. Mungkin ada syarat-syarat untuk pilih siapa yang dapat, dan ada juga pemain Malaysia juga menerima Hall of Fame yang tidak pernah memenangi (pingat emas) Olimpik.
"Taufik patut tanya BWF, tulis surat atau email, tanya kenapa anugerah diberi kepada saya dan bukan dia, mungkin dia tak gembira sebab tak dapat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu pada masa sama turut berharap BWF mengeluarkan satu kenyataan, menjelaskan kepada Taufik mengapa beliau dan Lin Dan disenaraikan ke dalam Hall of Fame BWF itu.
Pada 26 Mei lalu, Chong Wei, 41, dan Lin Dan, telah dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton, dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan, ketika era kegemilangan mereka.
Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan, beliau meraih 47 gelaran Siri Super /Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan atlet badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.
Namun baru-baru ini, Taufik melalui satu video viral di media sosial, mempersoalkan kelayakan Chong Wei disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF itu.
Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak untuk mendapat pengiktirafan itu dan beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain nombor Malaysia berkenaan, dalam senarai itu.
"Dalam pertandingan, yang diambil kira siapa yang juara bukan ditentukan siapa yang paling lama (konsisten). Bukan juga ditentukan siapa yang paling lama berada di tempat pertama. Kalau menang 10 kali perak dan hanya satu kali emas, kamu akan pilih yang mana?," menurut Taufik.
Dalam pada itu, Chong Wei menasihati para peminatnya supaya bertenang dengan komen diberikan Taufik kepadanya, selain memaklumkan agar peminatnya tidak menimbulkan kekacauan di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Chong Wei menasihati para peminatnya supaya bertenang dengan komen diberikan Taufik kepadanya, selain memaklumkan agar peminatnya tidak menimbulkan kekacauan di media sosial. - Gambar fail/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Soon Huat-Shevon kini nombor tiga dunia
Perubahan ranking terbaru ini dilihat bakal menyuntik semangat buat Soon Huat-Shevon yang memburu kejuaraan pertama musim ini.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.

Tekanan semakin dirasai Jun Hao menjelang debut Terbuka Malaysia
Ketiadaan pemain profesional negara Lee Zii Jia membuatkan tumpuan kini beralih kepada Leong Jun Hao untuk menggalas harapan tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Malaysia 2025.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.

Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025
Kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.