KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.
Chong Wei, 39, yang bersara pada Jun 2019 selepas menghidapi kanser hidung, berkata ia boleh memberi inspirasi kepada Tze Yong, yang menduduki ranking ke-48 dunia untuk meneruskan legasi yang ditinggalnya.
Beliau terlebih dahulu menyerahkan salah satu raket kesayangannya kepada Tze Yong ketika sesi 'Yonex Legend Vision' sebelum separuh akhir Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena.
Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali, turut berharap pemain berusia 22 itu mampu mengatasi tekanan yang hadir kepadanya apabila bakal beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 selaku pemain perseorangan lelaki utama negara.
"Tekanan memang ada, tetapi penting bagaimana beliau mengawal tekanan, saya rasa dia tahu kerana beliau kini pemain perseorangan pertama untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Bukan senang untuknya, Saya harap dia dapat menangani tekanan ini dan berjaya satu hari nanti," katanya ketika ditemui pemberita.
Mengulas mengenai prestasi Tze Yong ketika ini, yang menampilkan aksi yang baik sebelum tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia kepada pemain ranking ke-27 dunia, Lu Guang Zu dari China dengan 16-21, 23-21, 18-21, Chong Wei berkata kecergasan antara aspek utama yang perlu diperbaiki oleh pemain muda itu.
"Beliau mempunyai potensi, tetapi kita tahu tahapnya berada di mana sekarang. Beliau beraksi pada perlawanan pertama selama satu jam 30 minit dan sudah mengalami kekejangan kaki.
"Saya tahu apa kekurangan dia dan apa dia punya status, semua orang tahu tahap kecerdasan kurang. Baru bermain di pusingan pertama, kalau menang ada empat pusingan hingga final, bukan mudah perjalanan dia, saya harap dia akan berlawan untuk diri sendiri dan apa dia mahu," katanya yang pernah muncul juara rekod 12 kali Terbuka Malaysia.
Sementara itu, Chong Wei secara am menasihatkan pemain-pemain muda supaya mengurangkan penggunaan media sosial dan memberikan tumpuan kepada latihan serta karier mereka selaku pemain badminton.
"Ini yang saya lihat, ada budak-budak zaman sekarang yang (selepas habis latihan), belum minum air dia dah angkat telefon dulu, selfie dan tulis dalam sosial media. Yang paling penting fokus latihan, benda itu (kemasyhuran) secara automatik akan datang cari kamu.
"Saya faham zaman ini lain berbanding zaman saya bermain, memang saya langsung tak tengok waktu itu. Penggunaan media sosial kena berjaga-jaga kerana kalau orang (netizen) komen positif mungkin kamu gembira, kalau komen negatif boleh ganggu konsentrasi, bergantung kepada pemain juga," katanya.
Mengimbas kembali memori beraksi di Terbuka Malaysia, Chong Wei mengakui merindui suasana beraksi di hadapan peminat sendiri, selain turut berterima kasih kepada penyokong dan semua pihak yang terlibat dalam perjalanan kariernya.
Terdahulu, Chong Wei bersama-sama legenda badminton seperti Taufik Hidayat (Indonesia), Peter Gade (Denmark) dan Lee Yong Dae (Korea Selatan) bermain dalam perlawanan pertunjukan sebelum aksi separuh akhir di hadapan lebih 10,000 penyokong.
Turut beraksi pada perlawanan itu adalah pemain kebangsaan seperti Tze Yong, Pearly Tan, M. Thinaah dan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar, serta beberapa pemain junior.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Chong Wei berharap raket berkenaan boleh memberi inspirasi kepada Tze Yong, yang menduduki ranking ke-48 dunia untuk meneruskan legasi yang ditinggalnya. - Gambar fail/ Bernama
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.