KUALA LUMPUR: Walaupun mengalami kegagalan selama tiga kali berturut-turut di pentas Olimpik, Datuk Lee Chong Wei masih mengharapkan 'kemunculannya' di Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan mampu menjelmakan emas pertama buat negara.
Namun, Chong Wei yang bukan lagi turun berjuang sebagai seorang atlet, sebaliknya sebagai Chef de Mission (CDM) ke temasya di ibu kota Jepun itu, beliau mengharapkan atlet negara yang bertanding pada temasya sukan terbesar dunia berkenaan, mampu merealisasikan impiannya seterusnya mencipta sejarah dan kejayaan gemilang buat negara.
"Saya memang tidak kisah kalau saya tidak dapat emas untuk negara, asalkan pasukan yang saya 'bawa' ini dapat meraih emas Olimpik pertama untuk Malaysia," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perjanjian Kerjasama Antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yonex di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini.
Legenda badminton tanah air itu menarik perhatian, selain jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang yang menjadi prospek utama emas negara di Tokyo itu, beliau yakin atlet lain dari kem badminton dan terjun, mempunyai peluang untuk menghadiahkan emas Olimpik itu.
Beliau pada masa sama akan mengadakan perbincangan bersama Majlis Olimpik Malaysia tidak lama lagi, mengenai tatatcara pengurusan atlet bertanding di Tokyo ketika musim pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia sehingga kini.
"Ini masa mencabar bagi atlet di Tokyo, saya tidak tahu lagi macam mana pengurusan termasuk perjalanan pergi dan pulang, dari perkampungan sukan ke venue serta makanan yang bakal dihidangkan," katanya.
Beliau juga berharap para atlet dapat bersedia dari segi mental dan fizikal, untuk menyertai Sukan Olimpik yang dijalankan dalam waktu penuh mencabar ketika ini.
Chong Wei meraih tiga pingat perak berturut-turut dalam acara perseorangan badminton lelaki pada temasya Olimpik di Beijing, China (2008); London, United Kingdom (2012); dan Rio, Brazil (2016).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021
Chong Wei berharap para atlet dapat bersedia dari segi mental dan fizikal, untuk menyertai Sukan Olimpik. - Reuters
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.