KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mencadangkan supaya sebarang kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada masa depan memberi fokus kepada kualiti dengan tawaran hadiah lebih lumayan berbanding kuantiti.
Chong Wei yang disenarai dalam Badminton Hall of Fame BWF berpandangan jadual kejohanan anjuran badan badminton dunia itu begitu padat ketika ini, sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia.
Beliau berkata cadangannya itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh BWF jika badan itu mahu melahirkan pemain berkualiti dan berprestasi tinggi, contohnya sukan tenis.
"..mungkin mereka (BWF) perlu menukar format mata perlawanan, sistem atau menaikkan jumlah wang kemenangan. Mungkin juga mengurangkan beberapa kejohanan dalam tempoh setahun dengan memberikan tumpuan kepada kejohanan lebih berkualiti, seperti tenis misalnya yang ada enam kejohanan utama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara yang perlu dilakukan BWF sekiranya ingin melahirkan pemain berkualiti seperti beliau dan Lin Dan.
Chong Wei berkata penarikan diri pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen daripada kejohanan Masters Malaysia kerana belum sempat sembuh daripada kecederaan hamstring di Piala Sudirman baru-baru ini serta pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia yang tewas pusingan kedua Masters Malaysia kerana kurang sihat, sepatutnya dijadikan ikhtibar oleh BWF.
Semalam, Chong Wei dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap dunia sukan badminton dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.
Penguasaan Chong Wei dan Lin Dan dalam arena badminton menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri dalam lima perlawanan akhir di temasya Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
![Chong Wei cadang kejohanan anjuran BWF fokus kualiti bukan kuantiti Chong Wei cadang kejohanan anjuran BWF fokus kualiti bukan kuantiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681373055_SidangMediaLCW.jpg)
Chong Wei berpandangan jadual kejohanan anjuran BWF begitu padat sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia. - Gambar fail/Astro AWANI
![PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720129512_FadhlinaSidek.jpg)
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
![Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720130908_TuanIbrahim.jpg)
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
![PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720129464_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
![KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720128626_FadhlinaSidek.jpg)
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
![AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720129501_MuhamadAzeem.jpg)
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
!['Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei 'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718358953_TBLeeChongWei.jpg)
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.
![Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41538665768_950x600.jpg)
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
![Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713933682_LegendaBadmintondu.jpg)
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
![Lee Chong Wei terkandas di Paris Lee Chong Wei terkandas di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713733108_LeeChongWeiterkan.jpg)
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
![Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
![Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707858951_AlwiFarhanAlhasny.jpg)
Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.
![Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705536328_TBLeeZiiJiapasra.jpg)
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Malah, Zii Jia akui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
![Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702870925_TBAxelsenjpg.jpg)
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi semalam.
![Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700041110_LeeZiiJia.jpg)
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
![Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698908463_datuknicoldavidd.jpg)
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga legenda sukan negara itu dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka dalam sukan.