JIKA anda pernah berasa ragu-ragu tentang warna kenderaan yang ingin dibeli, syarikat pengeluar kereta Jerman, BMW mungkin ada penyelasaian tersebut.
BMW baru-baru ini membuat kejutan dengan mempamerkan teknologi cat yang boleh berubah warna sewaktu Pameran Elektronik Tahunan Terbesar Di Dunia, Consumer Electronics Show (CES) 2022 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Bergantung kepada kecanggihan teknologi E Ink, kertas elektronik yang digunakan pada peranti pembacaan elektronik atau e-reader (Kindle) itu boleh mengubah cat pada badan SUV konsep BMW iX Flow yang mempunyai kuasa elektrik sepenuhnya.
Namun, inovasi ini tidaklah membolehkan kereta tersebut boleh berubah kepada warna apa sahaja yang diinginkan kerana ia hanya mempunyai pilihan warna putih, hitam dan kelabu.
BACA: CES 2022: Syarikat teknologi fokus kelestarian alam sekitar, tangani perubahan iklim
Menurut BMW, warna yang boleh berubah dalam sekelip mata ini bukan hanya sebagai hiasan semata-mata, tetapi ia juga sebenarnya ada memainkan peranan dari segi penggunaan yang efisien.
Misalnya pada cuaca panas, BMW iX Flow ini boleh bertukar kepada warna putih bagi mengurangkan serapan haba oleh badan kereta, dan ini secara tidak langsung boleh mengurangkan beban terhadap sistem pendingin hawa.
Ketika cuaca sejuk pula, badan kereta boleh bertukar kepada warna hitam bagi menyerap haba sebanyak yang boleh bagi mengurangkan penggunaan tenaga untuk sistem pemanas.
Dengan idea luar biasa ini, banyak penjimatan elektrik dapat disaksikan dan secara tidak langsung membolehkan BMW iX Flow bergerak dalam jarak yang lebih jauh dengan satu cas bateri penuh, sekali gus menjadikan alam sekitar lebih terpelihara.
Tetapi hakikatnya, BMW memaklumkan, teknologi ini pastinya tidak akan berada di dalam pasaran dalam masa terdekat memandangkan ia masih lagi dalam tempoh penyelidikan dan memerlukan proses reka bentuk yang lebih terperinci.
Namun, syarikat pengeluar dari Jerman ini percaya ia adalah sesuatu yang realistik kerana E Ink bukanlah bahan yang rumit tetapi mungkin harganya sahaja yang kurang realistik.
Agensi
Fri Jan 07 2022
![CES 2022: Sukar pilih warna kenderaan idaman? BMW hasilkan kereta boleh tukar warna CES 2022: Sukar pilih warna kenderaan idaman? BMW hasilkan kereta boleh tukar warna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641564493_BMWiXFlow.jpg)
BMW baru-baru ini membuat kejutan dengan mempamerkan teknologi cat yang boleh berubah warna sewaktu Pameran Elektronik Tahunan Terbesar Di Dunia, Consumer Electronics Show (CES) 2022 di Las Vegas, AS. - Foto: Instagram/@bmw
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-05/41493615592_BMWLogo.jpg)
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
![Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696405500_KERETAPUTIH.jpg)
Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.
![TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689568226_TBdilanggarBMW.jpg)
TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW
Siasatan berkenaan adalah selaras dengan dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.
![5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China 5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673563905_BMW.jpg)
5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China
Kejadian berlaku ketika waktu puncak pada jam 5.25 petang di sebuah persimpangan sibuk di Guangzhou pada petang Rabu.
![BMW belum bercadang kembali ke kancah F1 BMW belum bercadang kembali ke kancah F1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664255435_BMW.jpg)
BMW belum bercadang kembali ke kancah F1
Pengarah Sukan Permotoran BMW, Andreas Roos, menegaskan kos dan projek LMD-H sebagai sebab utama mengapa mereka tidak berhajat untuk kembali ke Formula Satu (F1).
![Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah bernilai RM2.4 juta Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah bernilai RM2.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659664542_MBSBBank.jpg)
Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah bernilai RM2.4 juta
Orang ramai boleh menyertai kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 bermula 1 September 2022 hingga 31 Mei 2023.
![Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652927757_SAMSENGDIJALANRAY.jpg)
Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya
kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.
![Pemandu sakit mental rempuh 7 kenderaan Pemandu sakit mental rempuh 7 kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644960846_BMW.jpg)
Pemandu sakit mental rempuh 7 kenderaan
Siasatan awal mendapati suspek berusia 36 tahun memandu BMW berkenaan secara laju dan melulu sebelum melanggar kesemua kenderaan tersebut dari arah belakang.
![Tiga suspek samun maut, kereta terbabas dan terbakar selepas dikejar mangsa Tiga suspek samun maut, kereta terbabas dan terbakar selepas dikejar mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643876493_TBmautkamalangan.jpg)
Tiga suspek samun maut, kereta terbabas dan terbakar selepas dikejar mangsa
Honda HRV dipandu suspek terbabas dan melanggar tiang pagar sebuah rumah di Kampung Morak menyebabkannya terbakar.
![CES 2022: Sukar pilih warna kenderaan idaman? BMW hasilkan kereta boleh tukar warna CES 2022: Sukar pilih warna kenderaan idaman? BMW hasilkan kereta boleh tukar warna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641564493_BMWiXFlow.jpg)
CES 2022: Sukar pilih warna kenderaan idaman? BMW hasilkan kereta boleh tukar warna
Warna yang boleh berubah sekelip mata ini bukan hanya sebagai hiasan semata-mata, tetapi ia memainkan peranan dari segi penggunaan efisien.