SERDANG: Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan selepas didakwa melanggar tujuh kenderaan di beberapa kawasan di ibu negara pada Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, dalam kejadian jam 3.50 petang Ahad itu, seorang penghantar makanan turut cedera selepas motosikal Yamaha LC135 miliknya dirempuh suspek.
Selain mangsa, suspek turut melanggar sebuah Perodua Myvi, Mazda 8, dan Honda Jazz di Jalan Balakong menghala Seri Kembangan, lapor Sinar Harian.
"Siasatan awal mendapati suspek berusia 36 tahun memandu BMW berkenaan secara laju dan melulu sebelum melanggar kesemua kenderaan tersebut dari arah belakang.
"Pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu terjatuh di atas jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, penghantar makanan berusia 33 tahun terbabit mengalami kecederaan ringan pada tangan kanan dan badan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.
Katanya, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Salak Selatan Baru sekitar jam 7.10 malam pada Ahad.
"Hasil ujian saringan awal air kencing serta alkohol terhadap suspek didapati negatif dan dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut.
"Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai kad rawatan mental dari PPUM.
"Selain itu, suspek juga didapati tiada lesen dan saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan iaitu rakannya yang meminjamkan kereta berkenaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, suspek didapati turut melanggar tiga buah kenderaan lain di Jalan 6/108C, Taman Sungai Besi dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di sini sekitar jam 3.30 petang sebelum melarikan diri.
"Suspek yang memandu kereta jenis BMW dari arah Kuchai Lama menghala ke Taman Sungai Besi melanggar bahagian belakang kereta Perodua Bezza yang berhenti di lampu isyarat Jalan 6/108C.
"Suspek kemudian meneruskan perjalanan sehingga ke Lebuhraya Besraya dan melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Kawasaki Vulcan yang bergerak di lorong kanan lebuh raya.
"Suspek turut melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Honda RS150R yang bergerak di lorong tengah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 15 2022
Siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun memandu BMW berkenaan secara laju dan melulu sebelum melanggar kesemua kenderaan tersebut dari arah belakang. -Foto Sinar Harian
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.
4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik lebih 172,000 kenderaan
Empat pengeluar kereta di Korea Selatan akan secara sukarela memanggil semula 172,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.
TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW
Siasatan berkenaan adalah selaras dengan dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.
5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China
Kejadian berlaku ketika waktu puncak pada jam 5.25 petang di sebuah persimpangan sibuk di Guangzhou pada petang Rabu.
BMW belum bercadang kembali ke kancah F1
Pengarah Sukan Permotoran BMW, Andreas Roos, menegaskan kos dan projek LMD-H sebagai sebab utama mengapa mereka tidak berhajat untuk kembali ke Formula Satu (F1).
Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah bernilai RM2.4 juta
Orang ramai boleh menyertai kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 bermula 1 September 2022 hingga 31 Mei 2023.
Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya
kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.
Pemandu sakit mental rempuh 7 kenderaan
Siasatan awal mendapati suspek berusia 36 tahun memandu BMW berkenaan secara laju dan melulu sebelum melanggar kesemua kenderaan tersebut dari arah belakang.