SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pengarah Urusan Benjamin Nagel berkata bagi tempoh itu, sebanyak 370 kenderaan elektrik terjual dalam negara, kenaikan 26 peratus berbanding tahun lepas.
Menjelang pertengahan tahun 2024, beliau berkata BMW teruja untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pembekal utama kenderaan premium Malaysia dengan mengembangkan penawaran barisan kenderaannya.
"Kami memberikan sepenuh komitmen dalam memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan bercirikan dinamik kepada pelanggan kami di Malaysia, di samping mengekalkan corak pemanduan pilihan setiap individu.
"Pameran ini juga mencerminkan dedikasi kami untuk mentakrifkan semula pengalaman pemanduan di negara ini. Setiap produk melambangkan inovasi, kelancaran elektrifikasi, berprestasi premium dan mempunyai reka bentuk termaju," katanya kepada Bernama di luar acara Malaysia Autoshow 2024 hari ini.
BMW Group, pengeluar kereta dan motosikal premium terkemuka dunia memayungi empat jenama kenderaan di bawahnya iaitu BMW, MINI, Rolls-Royce dan BMW Motorrad.
Ia memperkenalkan dua model sedan baharu BMW 5 Series pada pameran berkenaan iaitu BMW i5 M60 xDrive serba baharu dan BMW 520i pemasangan tempatan, dengan anggaran harga bermula daripada RM340,000 hingga RM480,000,
Untuk kereta kompak premium, MINI Malaysia mempamerkan MINI Countryman SE ALL4 elektrik serba baharunya, MINI JCW Countryman ALL4 baharu dan MINI Cooper S baharu, dengan harga bermula dari RM260,000 hingga RM399,000.
BMW Motorrad turut memperkenalkan model baharu bagi segmen motosikal, dengan BMW CE 02 serba baharu, iaitu model elektrik yang dinanti-nantikan, serta tiga motosikal premium baharu, BMW F 900 GS, BMW R 1300 GS dan BMW S 1000 XR.
Kesemua model dijual dengan harga dari RM40,000 hingga RM150,000.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Bagi tempoh itu, sebanyak 370 kenderaan elektrik terjual dalam negara, kenaikan 26 peratus berbanding tahun lepas. - Gambar fail/Reuters
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.

Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.

Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.

BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.

4 pengeluar kereta di Korea Selatan panggil balik lebih 172,000 kenderaan
Empat pengeluar kereta di Korea Selatan akan secara sukarela memanggil semula 172,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan.

BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.

TNB tubuh pasukan siasat pekerja kontraktor maut dirempuh BMW
Siasatan berkenaan adalah selaras dengan dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China
Kejadian berlaku ketika waktu puncak pada jam 5.25 petang di sebuah persimpangan sibuk di Guangzhou pada petang Rabu.