PETALING JAYA: Ketua Unit Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Cameron Ng dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan wanita bawah 20 tahun (B-20) kebangsaan.
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman, yang mengumumkan pelantikan itu, berkata Cameron mempunyai kebolehan untuk membawa pasukan itu ke saingan kelayakan wanita B-20 Piala Asia 2024 bermula awal Mac ini.
Cameron, 44, akan terus mengetuai Unit Akar Umbi yang dikendalikannya sejak 2020.
Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell berkata Cameron telah menunjukkan kemampuannya ketika menguruskan pembangunan akar umbi serta semasa membantu Ketua Jurulatih Skuad Malayan Tigress Soleen Al-Zoubi.
"Selain daripada kelayakannya, Soleen berpendapat kami memerlukan seseorang yang boleh melakukan perubahan, jika tidak kami akan dapat hasil yang sama. Kami yakin Cameron boleh melakukan perubahan, mewujudkan suasana lebih positif dan profesional dalam pasukan wanita.
"Keutamaan kami untuk beberapa tahun akan datang ini ialah menambah jumlah perlawanan bagi memastikan mereka bersedia apabila dipanggil untuk kem pasukan kebangsaan," katanya dalam sidang media di Wisma FAM di sini, semalam.
Sementara itu, Cameron, yang memiliki Diploma Kejurulatihan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), berjanji untuk memberikan yang terbaik bagi membantu skuad wanita B-20 itu.
"Kami mahu menetapkan sasaran yang realistik, mahukan persembahan berpasukan yang baik daripada pemain dan maju ke hadapan sebagai satu pasukan," katanya.
Dalam pada itu, FAM menerusi kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 25 pemain, termasuk 14 pemain baharu, telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Malayan Tigress B-20 bermula semalam hingga 7 Mac, menjelang aksi kelayakan Piala Asia B-20 di Kemboja bermula 10 Mac.
Dalam tempoh 15 hari kem latihan, skuad itu dijadualkan beraksi dalam beberapa perlawanan termasuk aksi persahabatan menentang Mongolia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 2 Mac.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan G, akan memulakan kempen kelayakan dengan menentang Kemboja pada 10 Mac dan bertemu Myanmar (12 Mac) di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

Cameron berjanji memberikan yang terbaik bagi membantu skuad wanita B-20. - Facebook Football Association of Malaysia

Tekanan hutang dorong lelaki samun kedai emas - Polis
Hasil soal siasat terhadap lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah syarikat utiliti di negeri ini mendapati dia mempunyai hutang hampir RM20,000 yang perlu dilunaskan.
Suami isteri ditahan bersama botol berisi dipercayai dadah
Suami isteri ditahan ketika cuba menghantar cecair dipercayai dadah jenis Methamphetane, untuk bekalan luar negara dalam serbuan di sebuah stesen minyak.
Ismail Sabri rakam keterangan 5 jam, ucap selamat hari raya
Ismail Sabri selesai merakam keterangan untuk hari keenam di Ibu Pejabat SPRM selepas 5 jam.
Ismail Sabri ketika meninggalkan Ibu Pejabat SPRM sempat menurunkan tingkap kereta untuk menyantuni kumpulan wartawan.
Ismail Sabri ketika meninggalkan Ibu Pejabat SPRM sempat menurunkan tingkap kereta untuk menyantuni kumpulan wartawan.
Sindiket penyeludupan dadah ke Indonesia tumpas
Dua sindiket penyeludupan dan pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai RM6.6 juta, tumpas dalam empat siri serbuan pada Sabtu dan Ahad.
[TERKINI] Bantuan khas kewangan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Terengganu
Kerajaan membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam kerajaan negeri Terengganu.

Aidilfitri: Penjawat awam Terengganu terima RM500 daripada Kerajaan MADANI
Kerajaan MADANI bersetuju membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.

1,482 kanak-kanak mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli
Sebanyak 1,482 kanak-kanak telah mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli setakat 17 Feb tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Letupan mercun: Pelajar hilang pergelangan tangan di Tanah Merah
Seorang pelajar putus pergelangan tangan kiri akibat letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di asrama sebuah sekolah agama di Jeli.

Nanta ulangi amaran tegas kepada syarikat konsesi penyenggaraan jalan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengulangi amaran tegas kepada semua syarikat konsesi penyenggaraan jalan raya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Mahkamah tolak permohonan ikat jamin CEO GISB, 12 individu
Mahkamah membenarkan lapan wanita, termasuk isteri Nasiruddin, diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.

Harimau Malaya masih di bawah jagaan FAM - Noor Azman
Sebaliknya, skuad negara yang kini sedang melalui proses revolusi, masih berada di bawah bidang kuasa FAM selain mendapat bantuan Tunku Mahkota.

Hamidin bakal kembali ke FAM selaku Presiden Kehormat?
Hamidin dilihat sebagai individu paling layak dipilih selaku Presiden Kehormat Seumur Hidup FAM.

FAM belum putuskan wujud jawatan Presiden Kehormat
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Hamidin bakal kembali dalam kancah bola sepak negara sebagai Presiden Kehormat FAM.

FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.

FAM rayu Ultras Malaya tidak boikot Pestabola Merdeka
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya tidak memboikot Pestabola Merdeka 2024.

Pestabola Merdeka 2024: Malaysia dijangka berdepan pasukan pencabar kelayakan Piala Asia
Pasukan daripada Balang 1 dan 2 Kelayakan Piala Asia akan dijemput berentap pada kejohanan itu.

FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.

'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.

Ketua jurulatih Arab Saudi minta aksi persahabatan bertemu Malaysia dibatalkan
FAM mengesahkan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau Malaya dan Arab Saudi bulan depan terpaksa dibatalkan.